Buletin

EON & SAHABAT AUTOFEST 2026 TAWAR PELBAGAI PROMOSI MENARIK – FAEDAH SERENDAH 0.77 PERATUS

Edaran Otomobil Nasional (EON), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, kembali menganjurkan EON & Sahabat Autofest 2026 yang berlangsung selama tiga hari sehingga 10 Mei ini di EON Glenmarie, Shah Alam.

Penganjuran kali ketiga acara automotif pelbagai jenama itu menghimpunkan lapan jenama di bawah rangkaian EON iaitu Proton, smart, Mitsubishi, Honda, Isuzu, Audi, Volkswagen dan Hyundai yang baru menyertai keluarga EON.

Sepanjang acara berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk kadar faedah serendah 0.77 peratus bagi model terpilih.

Kelulusan pembiayaan turut dipermudahkan menerusi platform digital Tras yang membolehkan proses dilakukan secara pantas di lokasi acara.

Bagi pembeli yang layak, penghantaran kenderaan pada hari sama turut disediakan sekali gus memendekkan tempoh menunggu untuk memiliki kenderaan baharu.

Selain itu, pembeli yang membuat tempahan sepanjang autofest juga berpeluang menikmati program jaminan lanjutan percuma serta perlindungan kemalangan diri.

Pengunjung turut boleh memandu uji model-model terpilih sebelum membuat keputusan pembelian.

Setiap tempahan yang layak secara automatik menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa Proton e.MAS 7, motosikal Modenas Ninja 250 ABS, pakej percutian bernilai RM10,000 daripada Tripfez, Gold-i bernilai RM10,000 tajaan Bank Muamalat dan pelbagai hadiah lain.

Bersempena sambutan Hari Ibu yang jatuh pada hari terakhir acara, pihak penganjur turut menyediakan pelbagai aktiviti mesra keluarga serta penghargaan khas buat para ibu.

Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial berkata, autofest mencerminkan usaha EON dalam memudahkan perjalanan pemilikan kenderaan kepada pelanggan.

Menurutnya, penyatuan jenama kenderaan, pembiayaan, tukar beli, mobiliti dan perkhidmatan selepas jualan di bawah satu bumbung memberi kemudahan kepada pelanggan membuat keputusan dengan lebih yakin dan mudah.

Dalam perkembangan sama, hari pertama acara turut menyaksikan pelancaran rasmi perkhidmatan sewaan kereta Budget di Malaysia yang dikendalikan oleh DRB-HICOM EZ-Drive Sdn. Bhd. menerusi Avis Budget Malaysia.

Pemangku Ketua Pegawai Operasi Avis Budget Malaysia, Adzfar Abd Aziz berkata, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menggunakan jenama Budget yang menawarkan penyelesaian sewaan lebih fleksibel dan mampu milik.

Sempena pelancaran tersebut, pelanggan boleh menikmati kadar sewaan serendah RM68 sehari bagi Proton Persona selain menerima baucar AEON bernilai RM10 untuk setiap tempahan yang dibuat sepanjang autofest berlangsung.

Google ads
Back to top button