
AKHIRNYA SAHIH. MARTIN SESKS AKAN BERAKSI UNTUK M-SPORT FORD MUSIM INI
Akhirnya setelah berteka teki beberapa ketika, bintang rali Latvia Martin Sesks akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan beraksi dalam perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) musim ini bersama pasukan M-Sport Ford untuk beberapa perlumbaan terpilih.
Martin Sesks yang berusia 25 tahun bersama Juruarah Renars Francis akan kembali ke pentas WRC musim ini bermula di Rally Sweden 13 – 16 Februari 2025. Kalendar perlumbaan untuk Martin Sesks yang akan memandu jentera Ford Puma Rally1 ini akan diteruskan di Portugal, Italy, Greece, Estonia dan Finland. Perlumbaan terakhir sebagai penambahan untuk Martin Sesks dijangka juga akan beraksi di perlumbaan penutup tirai, Rally Saudi Arabia, perlumbaan baharu yang dimasukkan dalam kalendar WRC bermula musim ini.

Martin Sesks yang membuat debut dalam kempen WRC 2024 telah mempamerkan prestasi yang menakjubkan untuk seorang pelumba rookie dalam kelas WRC walau pun hanya memandu jentera Ford Puma Rally2 bukan hibrid.
Persembahan Martin Sesks cukup menonjol sewaktu perlumbaan di Latvia dan Poland yang mana beliau berjaya memperoleh kemenangan perlumbaan peringkat dan juga mencabar podium. Berdasarkan itu, sebuah firma teknologi dari Australia SafetyCulture untuk memberikan sokongan berbentuk penajaan serta memainkan peranan penting untuk memastikan kelibat Martin Sesks akan dapat dilihat di pentas WRC 2025 ini.
“Kami sangat teruja untuk meneruskan kerjasama kami dengan pasukan M-Sport Ford tahun ini. Kami berasa benar-benar berbesar hati kerana penampilan sulung kami dalam kelas WRC tahun lepas telah memupuk kepercayaan sedemikian daripada M-Sport dan SafetyCulture. Selain itu, minat tulen daripada penaja lama dan baru dari Latvia dalam menyokong usaha kami adalah sangat mengujakan,” ujar Martin Sesks.

Menurut Prinsipal Richard Millener juga memuji perkembangan tersebut sambil menyatakan bahawa Martin Sesks adalah suatu fenomena baharu dalam dunia rali musim lepas.
Richard Millener juga merakamkan penghargaan kepada penaja peribadi Martin Sesks dan juga SafetyCulture yang berjaya merialisasikan perkara ini. Begitu juga dengan WRC Promoter yang berjaya memberikan lebihan bajet untuk perlumbaan tahun lepas.
Menurut pengasas SafetyCulture, Luke Anear juga percaya Martin Sesks mempunyai faktor X untuk terus kekal dalam kempen WRC 2025 dan ianya pasti mengujakan untuk melihat sekali pemandu Latvia itu bersaing dengan pemandu handalan yang lain.
Kredit Foto : WRC
BACA : APA NASIB MARTIN SESKS UNTUK KEMPEN WRC 2025? NAK BERLUMBA DAH NI OI!
BACA : JENTERA MARTIN SESKS BERSAMA FORD PUMA RALLY1 DIDEDAHKAN