Buletin

PETRON MALAYSIA BUKA STESEN MINYAK KE-800 DI PEDAS-LINGGI ARAH SELATAN

Petron Malaysia terus melakar pencapaian baharu dengan pembukaan stesen minyak ke-800 mereka, Petron Pedas-Linggi Layby Southbound.

Terletak di lokasi strategik di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, stesen ini dijangka menjadi perhentian popular bagi pengguna lebuh raya yang menuju ke arah selatan tanah air.

Meliputi kawasan seluas 4,047 kaki persegi, stesen ini direka untuk memenuhi keperluan pemandu setempat serta mereka yang menempuh perjalanan jarak jauh.

Stesen ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kedai Treats yang menawarkan Dunkin’, Costa Coffee, dan mesin ATM.

Selain itu, bahan api berkualiti tinggi seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97 Euro 4M, Blaze 95 Euro 4M, Turbo Diesel Euro 5, dan Diesel Max Euro 5 turut disediakan.

Petron Pedas-Linggi Layby Southbound menjadi yang pertama memperkenalkan kios Quick Treats di kawasan pam, memudahkan pelanggan membeli makanan ringan dan minuman dengan pantas.

Komitmen Kelestarian dan Teknologi Hijau

Sebagai sebahagian daripada usaha Petron dalam memelihara alam sekitar, stesen ini dilengkapi dengan teknologi hijau.

Antara ciri mesra alam yang digunakan ialah sistem tadahan air hujan untuk menjimatkan penggunaan air, lampu berkuasa solar untuk mengurangkan pelepasan karbon, serta bahan binaan mesra alam.

Stesen ini juga meneruskan inisiatif “Sapot Lokal” yang telah diperkenalkan sejak 2021. Melalui kempen ini, ruang khas disediakan untuk memasarkan produk usahawan tempatan.

Usaha ini bukan sahaja menyokong perniagaan kecil tetapi juga memperkayakan pengalaman pelanggan dengan pilihan produk tempatan.

Peluang Menang Minyak Percuma

Bagi meraikan pembukaan ini, Petron Malaysia menganjurkan kempen cabutan bertuah yang berlangsung dari 1 Disember 2024 hingga 31 Mac 2025.

Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk petrol dan mendaftarkan Kad Petron Miles atau Aplikasi Mudah Alih Petron layak menyertai kempen ini.

Hadiah utama berupa minyak percuma selama setahun dengan nilai keseluruhan melebihi RM200,000 menanti pemenang bertuah.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan tawaran menarik, layari laman web rasmi Petron Malaysia di www.petronmiles.com.my.

Google ads
"
"
Back to top button