Buletin

AKSI GILA DATUK BANDAR RUSIA MEMECUT FERRARI DALAM PUSAT BELI-BELAH MOSCOW MALL

Apa yang akan anda lakukan jika anda seorang warga Russia, memiliki sebuah Ferrari dan dilanda kebosanan yang amat sangat? Jemput ahli kumpulan WhatsApp anda pergi TT ataupun pergi menari raver? Itu dah biasanya sangat.

Lelaki dalam video ini contohnya telah membawa Ferrari beliau memecut masuk ke dalam pusat membeli-belah Moscow Mall dan menimbulkan kekecohan dengan membuat pusingan ‘donat’ 360 darjah di dalamnya.

BACA: VIDEO, SUASANA LOT PARKIR LELONG DI JEPUN

BACA: TONTON INI, DAN ANDA AKAN RASA NAK KERJA DENGAN PORSCHE ESOK

Berdasarkan laporan media Russia, seorang bekas Datuk Bandar baru-baru ini telah membawa masuk Ferrari California beliau ke dalam pusat membeli-belah sewaktu ia hampir menutup operasi perniagaan dan menimbulkan kekecohan dengan melakukan beberapa kali pusingan 360 darjah di atas permukaan lantai yang putih berkilat selain membahayakan nyawa beberapa orang pengawal yang cuba menahan perbuatan beliau.

Ferrari California merupakan sebuah model sports Grand Touring dengan tempat duduk 2+2. Sewaktu mula dikeluarkan ia menggunakan enjin 4.3-liter V8 sebelum digantikan dengan enjin 3.9-liter V8 twin-turbo. Ia juga dikenali sebagai Ferrari yang paling murah (murah dibandingkan dengan Ferrari lain, jangan pulak banding dengan Axia). Ada yang mengatakan perbuatan ini memang sudah dirancang tetapi ada juga yang mengatakan sebaliknya. Apapun keratan video daripada kamera keselamatan pusat membeli-belah tersebut menunjukkan kereta tersebut memecut di laluan pejalan kaki sebelum mengejutkan para pengawal dengan membuat beberapa pusingan pantas.

Lelaki yang memandu Ferrari tersebut ialah Alexander Donskoi, yang menyatakan bahawa aksi stunt yang dilakukan beliau itu adalah khusus kepada artis seni persembahan wanita kelahiran Yugoslavia, Marina Abramovic. Tidak diketahui pula sama ada ini hadiah hari jadi ke apa.

Carian Google menunjukkan wanita ini merupakan seorang pelopor seni persembahan yang popular dan mendapat gelaran “Grandmother of Performance Arts”. Beliau mempelopori seni persembahan berdasarkan kebolehan manusia menahan kesakitan dan menghampiran batasan tubuh badan manusia.

Mamat Alexander ni rasanya memang peminat fanatik wanita ini kerana sanggup melakukan aksi stunt yang mungkin mengakibatkan beliau meringkuk dalam penjara.

Mazda CX30

“For Mother Russia!”

 

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button