Buletin

ALFA ROMEO SAUBER F1 TEAM MEMPERKENALKAN C37

Pasukan F1 Sauber yang kini dikenali sebagai Alfa Romeo Sauber F1 Team telah pun memperkenalkan secara rasmi jentera terbaharu mereka bagi musim C37. Jentera baharu musim ini sememangnya kelihatan berbeza dengan model jentera C36.

BACA : PETER SAUBER DAN KISAH F1 – SEJARAHNYA YANG PANJANG

BACA : FIA PERKENALKAN CERMIN KESELAMATAN BAHARU KERETA F1

Jentera baharu. Identiti baharu. Semangat baharu. Sudah tentu nama lama dalam saingan F1, mahu tampil lebih agresif dan berjaya sesudah agak tenggelam kebelakangan ini.

Paling ketara sudah tentulah kepulangan semula nama Alfa Romeo dalam F1. Dan mereka memilih Sauber sebagai sekutu untuk bersaing dalam F1 musim 2018 ini. Menurut Prinsipal Pasukan,  Frédéric Vasseur mereka telah bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan dan ianya adalah sesuatu yang menggembirakan apabila jentera baharu Sauber C37 ini dilancarkan.

Dan apabila melihatkan jentera bagi musim 2018, perubahan ketara adalah pengenalan Pelindung Halo. Walaupun mendapat kritikan, namun ianya adalah perkara wajib bermula 2018. Dibina daripada titanium, sudah tentulah fungsinya untuk melindungi pemandu daripada sebarang debris yang mungkin melayang terkena kepala.

Asalnya C37 ini sepatutnya menggunakan enjin Honda sebagai pembekal namun setelah kehadiran Alfa Romeo, Sauber telah berunding dengan Ferrari supaya membekalkan mereka enjin terkini, terima kasih kepada kerjasama diantara Ferrari dan juga Alfa Romeo.

Menggunakan enjin 1.6 liter turbo V6, kuasanya mempunyai cut-off pada angka 15000rpm.

Bagi musim 2018 ini, gandingan pelumba berpengalaman dan pelumba rookie diharapkan mampu memberikan saingan yang cukup sengit di atas litar.  Marcus Ericsson yang telah pun bersama Sauber selama empat musim bakal digandingkan dengan  Charles Leclerc, pelumba dari Ferrari Driver Academy.

Beliau ini bukan calang-calang juga sebenarnya. Tahun 2016 adalah Juara Siri GP dan 2017 adalah Juara FIA Formula 2. Dan sudah tentu perkara itu yang menjadi pertimbangan Sauber untuk memastikan pelumba berusia 21 tahun ini layak berada di grid F1.

Sasaran Alfa Romeo Sauber F1 ini jelas. Mereka mahu mengejar pasukan yang berada di hadapan dan terus meningkatkan prestasi ketika musim 2018 ini setelah berusaha keras untuk menyiapkan C37 ini.

Jentera ini dijangka diuji di Litar Catalunya pada 26 Februari hingga 1 Mac 2018.

 

Google ads

B K

Back to top button