Buletin

VOLVO V60 – SATU LAGI WAGON YANG SANGAT MENARIK DARIPADA VOLVO

Volvo Cars semalam melancarkan wagon premium, V60 baharu yang dilihat selari dengan visi syarikat untuk menghasilkan kenderaan yang bukan sahaja cantik, malah praktikal bagi kegunaan harian.

Jentera itu dilancarkan di Stockholm iaitu di hadapan sebuah rumah yang menyerlahkan fungsi V60 sebagai kenderaan keluarga moden.

V60 Dibina di atas platform Scalable Product Architecture (SPA) yang turut menjadi asas kepada model XC60 dan kenderaan 90 Series. Ia tampil dengan  ruang dalaman yang lebih mewah dan luas. 

Wagon yang sememangnya cantik ini hadir dengan pilihan satu enjin petrol, dua diesel dan dua varian plug-in hybrid.    

Enjin petrol T6 AWD menggunakan enjin yang sama dengan T8 Twin Engine, tetapi berkuasa 310hp. Dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan semua roda, ia menawarkan penggunaan bahan api sekitar 8.1 liter bagi setiap 100km.

Bagi enjin diesel pula, V6 menggunakan khidmat enjin turbodiesel D3 bersesaran 2.0 liter dengan kuasa 150hp dan tork 320Nm. Enjin diesel D4 berkuasa 190hp dan tork 400nm.

Penggunaan bahan api ialah 5.2l/100km untuk enjin D3 dan 5.1l/100km bagi D4. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan dan sistem pacuan roada hadapan.

Varian plug-in hybrid silihat terus menggunakan rangkaian kuasa T8 Twin Engine PHEV yang terdiri daripada enjin petrol dengan sistem pengecas turbo dan pengecas lampau bersesaran 2.0 liter. Kuasanya kini ialah 303hp dan tork 400Nm.

Ia kemudian dipadankan dengan motor elektrik pada roda belakang berkuasa 87hp/240Nm dan transmisi automatik lapan kelajuan. 

Seperti yang dijangka, V60 dipasang dengan ciri ketersambungan tercanggih iaitu Sensus yang menawarkan Apple CarPlay, Android Auto dan 4G. Semua ini dikawal menggynakan skrin sentuh seperti tablet yang intuitif.

Teknologi keselamatan dan sistem bantuan pemandu yang ada pada V60 juga terbaik dalam kelasnya. Antaranya ialah City Safety dengan teknologi Autobrake, sistem pertama dalam industri yang mampu mengecam pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan bersaiz besar.

Selain itu, V6 juga dilengkapi sistem Pilot Assist, Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation, Cross Traffic Alert dan banyak lagi.

Bauat pertama kali dalam segmennya, pelanggan boleh mendapatkan V60 menerusi perkhidmatan langganan Care by Volvo. Ia menaawarkan kereta dengan nbayaran langganan tetap setiap bulan. Care by Volvo juga memastikan kereta mudah dimiliki dan telus.

V60 akan ditawarkan pada harga bermula £31,810 (RM173,000) di UK. Ia dijadual diserahkan kepada pelanggan pada suku ketiga 2018.

GALERI

Google ads
Back to top button