Buletin

DUO BINTANG RALI TOYOTA BERAKSI DI ARTIC LAPLAND RALLY SEBAGAI PERSEDIAAN RALLY SWEDEN

Mantan Juara FIA World Rally Championship (WRC) dua kali, Kalle Rovanpera bersama Prinsipal Pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala telah mengambil bahagian dalam perlumbaan Arctic Lapland Rally pada bulan lalu dengan dua buat jentera Toyota yang berbeza.

Bintang muda Finland Kalle Rovanpera yang merupakan Juara WRC dua tahun berturut – turut pada tahun 2022 dan 2023 telah mengambil bahagian di bahagian utara bandar Rovaniemi bagi mengumpul data dan pengalaman dengan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 yang kini menggunakan tayar dari pembekal baharu Hankook spesifikasi salji khusus bagi beraksi di Rally Sweden pada pertengahan Februari nanti.

Sementara itu Sang Prinsipal Jari-Matti Latvala yang juga beraksi dalam kejohanan yang sama beraksi dengan jentera peribadi milik beliau Toyota Celica Turbo 4WD menjelang aksi European Historic Rally Championship. Menariknya jentera yang klasik milik beliau telah dikenakan livery berwarna gelap serupa dengan jentera pasukan rali Toyota Gazoo Racing.

Selain daripada duo pasukan Toyota Gazoo Racing itu, turut beraksi dalam perlumbaan Arctic Lapland Rally itu adalah pemandu Budiman Jourdan Serderidis yang memandu jentera Ford Puma Rally1 sebagai persiapan untuk beraksi dalam Rally Sweden kelak.

Dan untuk aksi yang juga merupakan salah satu perlumbaan dalam kejohanan rali di Finland itu, Kalle Rovanpera hanya mampu muncul sebagai podium kedua sahaja namun mengakui bahawa aksi dan catanan masa beliau di Arctic Circle adalah bermanfaat dan menyeronokkan.

Untuk rekod, ketika perlumbaan Kalle Rovanpera terpaksa mengelak daripada penonton ketika perlumbaan dan malangnya terlanggar tebing salji. Beliau kehilangan masa tujuh minit akibat daripada peristiwa itu dan terpaksa berhenti seketika bagi membersihkan salji yang menutupi pada salur radiator.

Perlumbaan ini terdiri daripada 13 peringkat sepanjang 215.14 km, ujian yang hebat untuk Toyota dan Hankook kerana ia boleh mengumpul banyak maklumat mengenai tayar stud yang akan  membuat debut di Sweden.

Pemenang bagi perlumbaan ini adalah seorang bintang muda Finland Tuukka Kauppinen, 18 tahun yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2. Podium ketiga pula dimenangi oleh Esapekka Lappi yang memandu Skoda Fabia RS Rally2.

BACA : KALLE ROVANPERA BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN AKSI WRC DI RALLY SWEDEN

BACA : HYUNDAI MOTORSPORT AKAN GUNAKAN LIVERY BAHARU LAGI BERMULA DI RALLY SWEDEN

Google ads

B K

"
"
Back to top button