
ALLIANZ MALAYSIA TAWAR TIGA LAGI PRODUK INSURANS RAHMAH BAHARU
Allianz Malaysia baru-baru ini mengumumkan tiga buah produk Insurans Rahmah baharu, iaitu produk perlindungan komprehensif, Kebakaran dan Kecurian (TPFT) untuk ‘Pakej Rahmah Kenderaan Persendirian’ dan produk hayat Allianz Kasih4All.
Pakej Rahmah Kenderaan Persendirian menawarkan manfaat Rahmah istimewa, termasuk bantuan kemalangan peribadi RM5,000 apabila berlaku kematian atau kecacatan, elaun hospital sebanyak RM50 sehari untuk 60 hari, jika dimasukkan ke hospital akibat kemalangan dan manfaat bantuan banjir RM3,000 untuk satu kali.
Pakej tersebut ditawarkan secara automatik kepada pemegang polisi Kenderaan Peribadi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Allianz serta pelanggan Kenderaan Peribadi Komprehensif dengan kemampuan kubik (cc) bawah 1,500 serta jumlah yang diiinsuranskan di bawah RM30,000.

Selain itu, Allianz Malaysia juga menjadi penanggung insurans pertama dalam industri untuk memperkenalkan produk hayat Rahmah.
Allianz Kasih4All boleh diperbaharui secara tahunan dengan pelan insurans tidak-terlibat dan perlindungan sehingga 71 tahun.
Terdapat dua pelan boleh dipilih bagi produk tersebut dengan kadar premium untuk Pelan 1 dan Pelan 2 masing-masing bermula pada RM35 serta RM55 untuk mereka yang berumur antara 16 hingga 40.
Secara keseluruhannya, Allianz Malaysia kini mempunyai lima buah produk Insurans Rahmah Allianz Malaysia termasuk PerlindunganKu Allianz4All dan Allianz Motorcycle Plus.
Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Rahmah Kereta Persendirian dan Allianz Kasih4All serta produk Rahmah Allianz Malaysia yang lain, sila layari https://www.allianz.com.my/personal/whats-new/rahmah-insurance-bm.html
- BACA: ALLIANZ MALAYSIA TAWAR INSURANS RAHMAH – PERLINDUNGANKU ALLIANZ4ALL DAN ALLIANZ MOTORCYCLEPLUS
- BACA: JENIS INSURANS MANAKAH MELINDUNGI KEROSAKAN KERETA ANDA DARIPADA BENCANA ALAM?
- BACA: PALSUKAN KEBAKARAN TESLA, SYARIKAT INSURANS MOHON MAAF
- BACA: KERAJAAN UK CADANG PENUNGGANG BASIKAL PERLU ADA INSURANS DAN PLAT PENDAFTARAN