
BERMAZ UMUM PANGGIL SEMULA MODEL CITROEN/DS 2009-2017
Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) hari ini menggesa pemilik kenderaan Citroën/DS untuk berhenti memandu kenderaan mereka jika operasi penggantian beg udara Takata belum dilakukan.
Antara kenderaan terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun 2009 hingga 2017.

Menurut BAASB, risiko kenderaan menggunakan beg udara Takata berasaskan bahan kimia adalah ia kemungkinan akan merosot terutamanya ketika terdedah kepada cuaca panas dan lembab.
Selain itu, kereta ihsan akan disediakan untuk pemilik terjejas bagi memudahkan pergerakan sehingga penggantian beg udara selesai.
Tambah BAASB, pihaknya akan menghubungi pemilik model disebutkan di atas dalam kadar segera bagi memastikan kenderaan serta pemilik dapat menggunakannya dengan selamat di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai panggilan semula ini, sila hubungi Talian Bantuan Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) kami di 03-7627 8818 atau hantar e-mel di customersupport@baasb.com.my


