Buletin

ALLIANZ MALAYSIA TAWAR INSURANS RAHMAH – PERLINDUNGANKU ALLIANZ4ALL DAN ALLIANZ MOTORCYCLEPLUS

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia), dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, baru-baru ini mengumumkan dua produk yang dinaik taraf di bawah Pakej Inisiatif ‘Rahmah’.

Produk dimaksudkan ialah PerlindunganKu Allianz4All untuk perlindungan Kemalangan Diri dan Allianz MotorcyclePlus, perlindungan bagi Motosikal.

PerlindunganKu Allianz4All yang dipertingkatkan di bawah Inisiatif Insurans Rahmah merupakan pelan insurans kemalangan diri mampu milik dengan perlindungan masing-masing sebanyak RM30,000 dan RM50,000 bagi Pelan 1 serta Pelan 2.

Untuk rekod, Produk ini juga membayar RM50 atau RM100 sehari, sehingga 30 hari, sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke Hospital Kerajaan akibat sakit atau kemalangan, bergantung kepada pilihan pelan.

Selaras dengan inisiatif ‘Rahmah’, dua manfaat baharu telah ditambah iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan di Hospital Kerajaan bagi mereka yang mengalami kemalangan atau penyakit di fasiliti masing-masing sehingga RM500 dan RM750 bagi Pelan 1 dan 2.

Selain itu, terdapat juga bayaran sekaligus sebanyak RM500 dan RM750 untuk Pelan 1 atau 2 sekiranya berlaku pemindahan banjir.

Manfaat baharu ditambah tanpa mengenakan sebarang kos tambahan, dengan premium bagi Pelan 1 dan Pelan 2 masih dikekalkan masing-masing pada RM53.00 serta RM79.50 setahun (termasuk Cukai Perkhidmatan).

Bagi produk kedua, Allianz Motorcycle Plus, ia menyediakan perlindungan untuk motosikal kapasiti 250cc dan ke bawah.

Semua pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus layak menerima faedah tambahan termasuk perlindungan kemalangan jalan raya sebanyak RM10,000 setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng apabila kematian atau hilang upaya kekal.

Faedah lain termasuklah perlindungan Pendapatan Hospital sebanyak RM100 sehari sehingga 60 hari setiap seorang untuk penunggang dan pembonceng.

Perkembangan berkaitan, Allianz Malaysia juga menawarkan bayaran sekaligus untuk Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos tambahan di samping faedah sedia ada untuk pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus.

Di samping itu, pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus Comprehensive berhak mendapat perlindungan lanjut termasuk perlindungan penuh untuk bencana khas (banjir, taufan, tanah runtuh dan lain-lain) termasuk bantuan tepi jalan sehingga 50km bagi setiap jarak perjalanan pergi – balik.

Pelanggan yang membeli Allianz Motorcycle Plus dan PerlindunganKu Allianz4All sebelum 15 Ogos 2023 secara automatik bakal menerima dua jemputan eksklusif untuk konsert solo pertama Faizal Tahir, berlangsung pada 2 September 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Untuk membeli PerlindunganKu Allianz4All, layari https://www.allianz.com.my/personal/life-health- and-savings/personal-accident/perlindunganku-az4all.html.

Untuk membeli Allianz Motorcycle Plus, lawati: https://www.allianz.com.my/personal/home-motor- and-travel/car-and-motorcycle/allianz-motorcycle-plus.html

Google ads
Back to top button