
PALSUKAN KEBAKARAN TESLA, SYARIKAT INSURANS MOHON MAAF
Syarikat insurans Eropah, AXA memohon maaf atas siaran akhbar yang menunjukkan sebuah Tesla terbakar baru-baru ini. Demonstrasi itu didakwa bertujuan untuk menggambarkan bahawa pek bateri di bawah kereta elektrik boleh mendedahkan pengguna terhadap jenis-jenis kemalangan tertentu.
Demonstrasi itu menyaksikan sebuah Tesla Model S ditarik ke atas tanjakan sebelum terbalik dan terbakar. Ujian tersebut menarik perhatian ramai di seluruh dunia kerana imej yang diterbitkan melalui siaran akhbar memberikan tanggapan tidak benar apabila diambil di luar konteks.
AXA mengaku pihaknya memulakan kebakaran sebagai sebahagian daripada aksi demonstrasi. Bagi memastikan keselamatan semua, ia mengeluarkan bateri daripada Tesla dan menggantikannya dengan pyrotechnics.

Tindakan itu jelas menimbulkan salah faham kerana AXA mendakwa EV lebih mudah terbakar berbanding kenderaan dengan enjin konvensional.
Sedangkan risiko kebakaran adalah rendah untuk kedua-dua jenis kenderaan tersebut. Malah tuntutan insurans akibat kebakaran adalah lebih rendah daripada bilangan tuntutan untuk kerosakan lain.
- BACA: 4 PERSOALAN TEKNIKAL BATERI YANG DIJAWAB OLEH PAKAR BATERI MALAYSIA
- BACA: KEMALANGAN KENDERAAN ELEKTRIK, TELAN KOS LEBIH MAHAL
- BACA: TOYOTA GIAT BANGUNKAN BATERI EV. 500KM SEKALI CAJ, PENUH DALAM MASA 10 MINIT, TIADA RISIKO TERBAKAR
- BACA: KEBAKARAN MISTERI MUSNAHKAN BENGKEL PENUH DENGAN NISSAN GT-R, MITSUBISHI EVO DI BELANDA