Buletin

ANDA SUDAH BOLEH TEMPAH HONDA BR-V SEKARANG!

Honda Malaysia hari ini mengumumkan tempahan untuk model tarbaharunya, Honda BR-V sudahpun dibuka. Tempahan model crossover dengan tujuh tempat duduk itu boleh dibuat di 88 buah pengedar Honda di seluruh negara.

BR-V (Bold Runabout Vehicle) yang dibangunkan khas untuk pasaran ASEAN mula dilancarkan di Indonesia, sebelum diikuti oleh Thailand, India dan Filipina. Ia mendapat sambutan hangat di semua pasaran tersebut.

batch_honda-br-v-booking-2016-mekanika3

Menggabungkan praktikaliti ruang sebuah MPV dengan gaya sebuah SUV, BR-V dijangka menerima maklum balas positif daripada pengguna tempatan. Terutama bagi mereka yang mahukan sebuah kenderaan bernilai hebat, bergaya dan praktikal.

BACA: HONDA BR-V – CROSSOVER YANG WAJIB ANDA TUNGGU

BR-V digerakkan oleh enjin 1.5L i-VTEC berkuasa 120PS yang dipadankan bersama kotak gear CVT. Jentera itu tampil dengan rekaan Solid Wing Face dan roof rail yang memberikannya gaya maskulin. Ia turut menawarkan jarak kelegaan tanah 201mm, paling tinggi dalam kelasnya.

batch_honda-br-v-booking-2016-mekanika4

Penampilannya diserlahkan lagi menerusi lampu nyalaan siang (DRL) dan rim dua tona bersaiz 16 inci. Selain itu BR-V ada dipasang dengan kamera dan alat pengesan ketika mengundur.

Tidak perlu bimbang dengan aspek ruang kerana BR-V menawarkan ruang kargo seluas 223 liter. Apabila tempat duduk baris ketiga dilipat, ruang seluas 539 liter boleh anda gunakan.

batch_honda-br-v-booking-2016-mekanika1

Tempat duduk BR-V direka agar boleh dilipat dalam pelbagai konfigurasi mengikut keperluan anda. Dengan satu langkah mudah, kerusi baris kedua boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40. Manakala kerusi baris ketiga pula berkonfigurasi 50:50.

Bagi memberi lebih keselesaan, tempat duduk BR-V dibalut kulit. Malah, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang juga ada disediakan. Honda Malaysia dijadual melancarkan BR-V pada suku pertama tahun depan.

Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana bilik pameran dan siri jelajah Honda, hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button