Buletin

TAHUKAH ANDA PROTON ERTIGA LEBIH MURAH BERBANDING SUZUKI ERTIGA?

Ya. Anda tidak salah baca. Harga Proton Ertiga sebenarnya lebih murah berbanding versi asal Suzuki Ertiga walaupun ia dari model yang sama dan hanya berbeza pada lencana.

Di Indonesia, Suzuki menjual Ertiga bermula pada Rp 183 Juta atau RM60,500 untuk varian paling asas. Ia adalah harga atas jalan lengkap bagi wilayah Jakarta sementara Proton menjual Ertiga manual pada harga RM58,800 lengkap dengan insurans dan pendaftaran.

Secara asasnya di Indonesia, Suzuki menawarkan 9 varian berbeza di mana sistem ABS adalah opsyen dan terdapat juga versi yang lebih sporty yang dikenali dengan nama Ertiga Dreza (bukan Bezza tau).

Tiga varian pertama Suzuki Ertiga di Indonesia adalah mirip kepada spesifikasi yang dijual oleh Proton iaitu Ertiga Executive MT – RM58,800, Ertiga Executive AT – RM61,800 dan Executive Plus AT – RM64,800.

Proton Ertiga (2)

Jika dibuat perbandingan 3 varian yang ditawarkan Proton ini jelas boleh dilihat yang Proton berjaya memposisikan MPV-B ini pada tanda harga yang betul.

  • PROTON ERTIGA RM58,800 – RM64,800
  • SUZUKI ERTIGA RM60,500 – RM73,700 (Rp183 juta – Rp223 juta)

Jadi, kepada anda yang rasa Proton Ertiga tu mahal fikirlah sejenak, adakah ia betul mahal? Berapa sebenarnya Proton untung dari setiap unit yang dijual kalau harga jualannya pun murah dari model sebenar?

BACA – PANDU UJI PROTON ERTIGA

BACA – MAZDA VX1, JUGA ERTIGA

Kami rasa Proton tidak buat banyak untung pun. Mereka terpaksa berkorban pada ketika ini kerana angka jualan adalah lebih penting berbanding mengutip untung lebih. Perlu diingatkan walaupun kereta Proton laris dewasa ini, mereka masih lagi dibawah sasaran jualan tahunan yang telah ditetapkan.

Ia bukanlah berita baik untuk pengeluar kereta. Ia adalah risiko besar yang diambil kerana terdapat kos lain yang ramai pengguna tidak sedar.

Terma “JAMINAN 5 TAHUN ATAU 150,000 KM” juga adalah beban bawah sedar yang turut ditanggung pihak Proton. Waranti 5 tahun tau bukannya 5 bulan.

Google ads
Back to top button