Buletin

ANDA SUDAH BOLEH TEMPAH TOYOTA C-HR – ANGGARAN HARGA RM145K, MAHAL?

Selepas sekian lama menunggu, peminat dan bakal pemilik SUV kompak Toyota C-HR kini sudah boleh menempah model tersebut di semua bilik pameran Toyota berhampiran.

Pengumuman itu dibuat secara ringkas oleh pihak UMW Toyota Motor menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

C-HR membuat penampilan pertamanya di Malaysia pada Mei tahun lalu di Setia Alam, Selangor. Sejak itu, ramai yang menantikan kehadirannya.

C-HR dijangka dibawa masuk dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Thailand dengan hanya satu pilihan enjin iaitu 1.8 liter aspirasi biasa (N/A). Sedia maklum bahawa di pasaran lain, Toyota ada menawarkan C-HR dengan enjin 1.2 liter turbo.

Enjin 1.8 liter dengan kod 2ZR-FE dan sistem Dual VVT-i itu mampu menjana kuasa sekiyat 137PS dan tork 170Nm. Ia kemudaian dipadankan dengan kotak gear CVT tujuh kelajuan bersama mode manual.

Antara ciri yang bakal dipasang pada CH-R ialah skrin sentuh bersaiz tujuh inci, pengecaman suara, sistem kemasukan pintar, paparan multi informasi (MID) dan banyak lagi.

Dari segi keselamatan pula, SUV itu dikatakan dilengkapi tujuh beg udaram ABS< EBD, BA, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman dan sebagainya.

CH-R merupakan kenderaan kedua yang dibangunkan di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA) selepas Prius generasi keempat.

TNGA menjadi sebahagian daripada program Toyota untuk mengubah reka bentuk struktur kenderaannya.

Google ads
Back to top button