Buletin

KIA DEDAH LAKARAN SEDAN FORTE 2019 – AMBIL INSPIRASI REKAAN STINGER

Kia Motors nampaknya cuba mengujakan para peminat kenderaannya apabila mendedahkan lakaran model Kia Forte sedan. 

Dijangka diperkenalkan pada tahun 2019, ia bakal menggantikan Forte yang dipasarkan sejak tahun 2012 dan dinaik taraf tahun lalu.

Sekali imbas, Forte baharu ini menerima inspirasi reka bentuk model Stinger. Menurut Kia, pihaknya mahu mengekalkan imej Forte yang sporty dan muda, tetapi ia telah direka semua agar kelihatan lebih sofistikated.

Profilnya diserlahkan menerusi corong kemasukan udara pada bampar hadapan dan sepasang lampu utama yang agresif.

Bahagian belakang pula menyaksikan lampu belakang dan lampu isyarat membelok dipisahkan. Garis lampu LED itu membuatkan ia lebih moden dan dinamik. Malah, bahagian belakang juga kelihatan lebih lebar berbanding model terdahulu.

Bagi memberikan rasa ruang kabin yang luas, pasukan pereka bentuk Kia menghasilkan papan pemuka yang ringkas dan horizontal. Sebuah skrin paparan infotainmen diletakkan di bahagian atas corong pendingin hawa.

Kia dijadual mengetengahkan model sedan baharu itu di pameran North American International Auto Show (NAIAS) 2018 pada 15 Januari depan. 

Google ads
Back to top button