Artikel Pilihan

APA AKAN JADI KALAU DRONE LANGGAR KAPAL TERBANG?

Seperti yang anda sedia maklum, memang terdapat beberapa kes kemalangan yang unik dimana kapal terbang telah melanggar sekawan burung sehingga menyebabkan kerosakan enjin dan menyebabkan kemalangan.

Persoalan yang seterusnya ialah, apakah yang akan berlaku sekiranya kapal terbang melanggar dron?

Berbeza dengan burung, dron datang dengan ketumpatan yang lebih tinggi dan lebih keras seperti unit bateri dengan saiz dron boleh mencecah saiz seekor angsa. 2 faktor ini sahaja sudah cukup untuk memberi risiko yang lebih besar kepada kapal terbang berbanding dengan burung terutama melibatkan perlanggaran di udara.

1. Risiko terbesar ialah sekiranya dron terbang terus dan memasuki ruang enjin terutama enjin turbin jet yang menjana tujahan kepada kapal terbang. Walaupun enjin ini canggih, namun bilah turbin yang dibina hanya mampu menahan serangan burung bukannya dron

Kajian peyelidik mendapati, kesan pada enjin adalah jauh lebih teruk kepada enjin berdasarkan simulasi dron seberat 3.6kg pada enjin jet dengan diameter 9 kaki. Hasil tembakan dron pada enjin turbin mendapati bilah turbin rosak, dan merosakkan bahagian dalaman enjin

Pada tahun 2021, pesawat Cessna dengan kipas telah terlanggar dron yang diterbangkan oleh pihak polis Kanada. Ini menyebabkan bilah kipas rosak, enjin menjadi remuk dan juga fiuslaj pesawat kemik

Malah dalam kejadian kebakaran hutan di California, sebuah dron kecil juga telah terlanggar pesawat Canadair CL-415 SuperScooper. Keadaan ini menyebabkan pesawat pemadam api ini tersadai sehingga dibaiki semula

2. Kajian juga mendapati dron juga mampu menyebabkan kerosakan pada bahagian luar pesawat yang dihasilkan daripada aloi aluminium. Walaupun terlanggar dron kecil,ia boleh menyebabkan kerosakan teruk pada struktur sayap yang menampung beban pesawat di udara

Dron juga boleh menyebabkan kemudi pesawat seperti slat dan flap iaitu komponen yang menghasilkan daya angkat sewaktu halaju rendah rosak yang mengganggu proses pendaratan dan berlepas

3. Tingkap depan yang dipasang di ruang kokpit merupakan komponen kritikal yang mudah rosak dan rekaan tingkap tersebut hanya dibuat untuk menahan rempuhan burung. Jadi dron tidak mampu merosakkan tingkap depan pesawat komersial yang besar

Namun pesawat kecil seperti pesawat rekreasi, pesawat yang digunakan untuk latihan terbang dan helikopter masih terdedah kepada risiko dron merosakkan cermin depan pesawat. Bayangkan jika dron yang terlanggar menembusi tingkap depan dan mencederakan juruterbang

Walaupun kecil, namun dron tetap mendatangkan bahaya kepada pesawat di udara, meningkatkan risiko kemalangan kepada penumpang, kakitangan penerbangan di udara dan juga di darat

Di atas sebab inilah dron mesti diterbangkan di kawasan tertentu sahaja, tidak dibenarkan di kawasan yang dilarang (no fly zone) serta memerlukan lesen khas untuk menerbangkan dron

Google ads
"
"
Back to top button