Buletin

KONSEP UNIK ISUZU D-MAX DAN MU-X. YA. MEMANG GANAS!

Satu masa dahulu, Isuzu merupakan pembuat kereta selain membina kenderaan komersial seperti trak dan lori kargo. Namun disebabkan saingan yang berterusan dalam segmen kenderan penumpang, Isuzu ,mengalihkan perhatiannya kepada pasaran yang benar-benar mereka pakar – disel.

Justeru, pada hari ini, selain daripada membina lori, pasaran bukan komersial Isuzu ada trak pikap D-MAx dan SUV 4X4 Off road MU-X. Di negara Thaialnd, di mana model ini dilahirkan, Isuzu lebih laris, malah lebih laris dari negara kelahirannya sendiri, Jepun.

Mengetahui bahawa pasaran kenderaan pikap dan SUV ladder frame ini sangat besar dan mencakupi pilihan pasaran yang besar, Isuzu sering sahaja memperkenalkan varian yang lebih sporty, lazimnya dilengkapi aksesori 4X4 aftermarket dan dihiasi dengan kosmetik tersendiri.

BACA: ISUZU D-MAX X SERIES

Ini pula ialah ISuzu DMax Konsep X. Paling ketara yang boleh dilihat ialah ketinggiannya yang ditingkatkan menjadi┬á370mm. Ia dibuat dengan menggunakan platform suspensi bebas di hadapan dan suspensi multilink di belakang – yang digandingkan dengan penyeraphentak buatan khas.

Ia bukan hanya kelihatan bergaya, namun ia tetap berfungsi. Tahap darjah pendakian bagi D-Max ini ialah 49.7 darjah sementara MUX pula ialah 38.5 darjah.

Sistem pemberhentiannya juga dipertingkatkan dengan brek hadapan 390mm dan 355mm di belakang yang digandingkan dengan pengangkup enam omboh di hadapan dan empat di belakang. Trak ini dipasangkan dengan rim 20X12 dengan tayar 38 inci daripada Toyo.

Enjin 3.0 liter disel turbo pada unit ini tidak disentuh.

Antara perkakasan custom yang lain ialahfender sisi yang diperbuat daripada keluli bullbar aloi, tray dan sport bar serta winches yang mampu menarik beban sehingga 4,536kg.

Konsep X ini mungkin tidak akan memasuki proses produksi. Ia adalah interpretasi kajian dan potensi pada sebuah trak/ SUV yang mereka jual di pasaran.

GALERI

Google ads
Back to top button