Artikel Pilihan

APA NAK BUAT BILA DAPAT KERETA BARU? NAK TEBUK BAMPAR?

Tiba-tiba anda dapat panggilan dari perunding jurujual kereta anda, esok dah boleh ambil kereta? Fuh anda gembira bukan main sebab, dah 3 hari anda bersedia untuk ambil kereta. Borang cuti pun dah siap isi, tunggu nak hantar je. Lepas ambil kereta anda pun bergambar dengan kereta dan pos di Facebook kumpulan kereta. Ucapan tahniah datang bertalu-talu bersama dengan hasutan.

Wei bila nak tinted? Jom tukar rim. Mari pasang spoiler macam UFO dan sebagainya. Tapi bagi pemandu yang pertama beli kereta baru, apa yang sebenarnya nak kena buat? Ke nak polish dulu? Kami kongsikan langkah demi langkah apa yang perlu dibuat selepas menerima kereta baru.

1. Semak no cesi – nampak remehkan, tapi ini yang anda perlu buat lepas terima kereta baru anda. Pastikan semua no cesi yang tercatat dalam geran sama seperti ada pada kereta. Ada nombor cesi diletakkan pada badan ladder frame (Hilux), ada di letakkan di dalam kabin bawah tempat duduk (Toyota Honda) dan ada juga diletakkan dalam ruang enjin.

Pernah terjadi satu kes perunding jualan terpasang nombor pendaftaran kereta pada no cesi yang berlainan. 2 kereta yang sama varian dan sama warna dan perlu dihantar pada hari yang sama. Bila tertukar nombor cesi ini, jika berlaku kemalangan panjang cerita dia.

2. Periksa fizikal kereta – ya semak kualiti fizikal dari segi kualiti cat dan kualiti pemasangan kereta. Pastikan fit & finish semua panel badan dan komponen adalah munasabah. Contoh fit & finish yang tak munasabah ialah pemasangan papan pemuka. Sebelah kiri cun kemas elok, belah kanan ada gap sampai lipas pun lepas lalu. Anda ada hak untuk tidak menerima kereta tersebut sehingga masalah ini diperbaiki

3. Semua sistem OK – Pastikan semua peralatan berfungsi dengan baik dan tiada sebarang lampu amaran menyala ketika kereta dihidupkan. Sistem audio, tayar, alat penukar tayar dan sistem keselamatan berfungsi dengan baik pada hari pertama anda menerima kereta. Jika ada sebarang bunyi atau perkara ganjil yang berlaku semasa perjalanan pulang ke rumah, sila catatkan masa, tarikh kejadian dan bagaimana situasi pemanduan yang menyebabkan masalah. Jika perlu hantar email rasmi dengan segera untuk mewujudkan rekod bertulis mengenai masalah tersebut

4. Koyak plastik – macam kelakar kan bila tengok ada orang pandu kereta dengan kusyen berbalut plastik, mungkin dia nak bagitau yang dia baru beli kereta. Namun dari aspek keselamatan (sankaku) kusyen yang berbalut plastik tidak memberikan geseran yang cukup kalau anda membrek kecemasan. Besar kemungkinan anda akan menggelungsur atau slide ke depan bila membrek dan mungkin berlaku kecederaan

Jangan risau kalau kusyen fabrik itu menjadi kotor sebab sudah ada servis mencuci kusyen. Kalau tak pun, balutlah dengan kulit atau PVC.

4. Tukar tekanan angin pada tayar- kebanyakan pembuat kereta akan mengenakan angin tekanan tinggi pada tayar yang baru dipasang di kilang. Logiknya mungkin kereta tersebut akan diparkir di yard selama berbulan-bulan sebelum sampai ke pelanggan. Penulis pernah memandu kereta dengan tekanan angin tayar 300Kpa sedangkan manual kereta mencadangkan tekanan maksimum hanyalah 250Kpa sahaja. Serius macam bawak ketam.

Lepas ambil kereta, singgah masuk ke stesen Petronas dan betulkan tekanan tayar seperti yang dicadangkan oleh pengeluar atau untuk keselesaan kurangkan 10Kpa. Katakanlah pengeluar cadangkan 220Kpa, anda letak 210Kpa.

5. Simpan – ya simpan semua dokumen termasuk geran, cover note insuran, dan semua dokumen yang berkaitan dalam satu fail khas. Sila ambil gambar no salinan kunci (biasa 6 angka) dan email pada pasangan masing-masing untuk simpanan. Nombor kunci ini berguna untuk kita buat kunc pendua sekiranya kunci hilang.

6. Cek sebarang kebocoran – walaupun jarang-jarang berlaku adalah lebih baik periksa dulu. Lepas parkir kereta semalaman di rumah, alihkan kereta dan periksa kalau ada sebarang cecair atau bendalir yang keluar dari kereta. Kalau air penyaman udara itu biasalah. Yang luar biasa anda jumpa cecair warna merah biru hijau kelabu tahi lipan, minyak pelincir dan minyak petrol. Kalau ada, anda ada masalah besar.

7. Running in – atau tempoh pantang setiap kereta adalah berbeza. Tanya pada jurujual atau semak buku manual bagi rujukan tempoh berpantang terutama 1000km pertama. Biasanya dalam tempoh ini anda tidak boleh memandu terlalu laju, memandu dalam satu halaju sama untuk tempoh lama, brek mengejut, menunda kenderaan lain dan lain lain perkara yang pelik pelik (contohnya berlumba dengan Myvi)

8. Aksesori – biasanya kereta baru akan datang dengan beberapa aksesori tambahan seperti jek tayar, tayar simpanan, pam angin tayar, wayar jumper, kit kecemasan, segi tiga kecemasan dan sesetengah kereta datang dengan tyre repair kit. Pastikan anda tahu dimana semua aksesori ini disimpan dan tahu bagaimana nak guna. Jangan sembang motorsport kalau jumper bateri tak pandai dan pegang spanar macam perempuan bila tukar tayar

9. Buku Servis dan buku manual – cuba rujuk di sini untuk waktu servis kali pertama dan juga sebarang masalah teknikal. Rajin-rajinkanlah membaca buku manual jika ada sebarang masalah. Kalau tak jumpa baru telefon pusat servis dan perunding jualan anda. Ini sikit-sikit tanya kat Facebook. Nak baca malas, baca gosip artis rajin pulak

10. Tempoh jaminan pengeluar – setiap pengeluar ada tempoh jaminan yang berbeza-beza mengikut tahun dan juga jarak perbatuan. Jadi sebelum anda nak pasang aksesori yang melibatkan pemotongan wayar, pemasangan spring, penukaran penyerap hentak, penukaran saiz tayar dan apa-apa perubahan yang menjejaskan kualiti asal pemasangan, besar kemungkinan jaminan anda akan terbatal

Sebagai contoh kebanyakan pengeluar akan memasang tinted berkualiti pada varian tertinggi mereka dari jenis tahan pecah. Namun ia tidak cukup gelap dan sesetengah pemilik mahu menambah satu lagi lapisan tinted pada cermin mereka. Jadi jaminan tinted asal akan terbatal secara automatik kalau penambahan tinted dibuat. Sayang juga la kalau ada jaminan 5 tahun tiba-tiba lepas pasang tinted dia jadi bubble. Naya Pak Karim woi

11. Coating? PPF? Wrap? – tiada yang betul dan tiada yang salah untuk buat PPF atau coating pada cat anda. Sebagai contoh anda baru beli kereta mewah dengan pilihan warna serta kos tambahan RM 10,000. Kalau nak cat semual kereta anda perlukan RM 20,000 maka berbaloi la pasang PPF. Tapi kalau macam Viva kat rumah abam, setahun sekali abam cat bampar depan. Baru RM 200.

Google ads
Back to top button