Buletin

HONDA MALAYSIA LANCAR ‘ONE MILLION DREAMS COLLECTION’. BOLEH BELI DI SHOPEE

Honda Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi barangan rasmi edisi khas Honda – One Million Dreams Collection sempena kejayaan syarikat mencecah jualan 1 juta unit kenderaan. 

One Million Dreams Collection akan mula dijual secara eksklusif pada 1 April di stor rasmi Honda Malaysia di Shopee. 

Sebelum pelancaran rasmi koleksi tersebut, Honda Malaysia akan menawarkan baucar terhad bernilai RM20 (bersamaan 2,000 Shopee Coins) kepada pembeli terawal. Untuk mendapatkan baucar tersebut, pelanggan perlu mendaftar di Facebook rasmi Honda Malaysia bermula 17 hingga 28 Mac 2021. 

Kemudian, satu kod baucar akan dihantar kepada pelanggan pada 31 Mac 2021. Penggunaan kod baucar itu bergantung kepada siapa cepat dia dapat. Hanya 100 prang pelanggan pertama sahaja yang boleh menggunakan baucar berkenaan.  

“Kami bekerjasama dengan jenama pakaian jalanan Pestle & Mortar Clothing (PMC) buat pertama kali untuk melancarkan Million Dreams Collection ini. Koleksi ini mengambil inspirasi perjalanan Honda Malaysia sebagai sebuah syarikat yang telah menyentuh kehidupan satu juta rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama. 

Koleksi istimewa itu hadir dalam jumlah terhad. Ia merangkumi enam barangan uniseks yang bergaya seperti topi, beg kecil, kemeja-t lengan panjang, kemeja polo, kemeja-t lengan pendek dan jaket. 

Bagi meningkatkan lagi keterujaan, Honda Malaysia turut memperkenalkan pakej bundle pada harga istimewa untuk pelanggan yang membeli barangan rasmi edisi khas Honda dan barangan TEI Series yang terpilih di stor rasmi Honda di Shopee. 

Klik pautan ini: https://shopee.com.my/hondamalaysia.os  atau Facebook rasmi Honda Malaysia: https://www.facebook.com/hondamalaysia  

Google ads
Back to top button