
PELAJAR BANTU GURU TINGGAL DI DALAM KERETA DENGAN SUMBANGAN RM111,200
Seorang guru ganti yang juga gelandangan menerima hadiah hari lahir dalam bentuk cek berjumlah AS$27,000 (RM111,200) darpipada bekas pelajarnya.
Memetik laporan NBC Los Angeles, Jose Villarruel, 77, terpaksa tinggal di dalam kereta sejak Mei tahun lalu setelah hilang pekerjaan dan tempat tinggal akibat pandemik Covid-19. Dia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai guru ganti selama berpuluh-puluh tahun.
Sedih dengan nasib yang menimpa guru tersebut, bekas pelajarnya, Steven Nava, 21, memutuskan untuk mengadakan sambutan hari lahir dan kejutan untuk Villarruel yang dikenali sebagai Mr V.
Nava terserempak dengan Villarruel pada minggu lalu apabila melihat lelaki berkenaan tinggal di dalam keretanya di satu kawasan parkir.
“Saya selalu nampak dia dan membuatkan saya terfikir untuk mengetahui keadaannya sekarang. Selepas beberapa hari, saya mendapati lelaki itu ialah guru ganti semasa saya bersekolah menengah di Fontana Unified School District. Dia sudah hilang kerja kerana Covid-19,” katanya.
Simpati dengan keadaan gurunya itu, Nava kemudian memberikan Villarruel AS$300 (RM1,235) dan mula mencari dana melalui GoFundMe. Nava juga berkongsi kisah itu di semua platform laman sosial termasuk di Twitter hingga tular dan meraih perhatian warga maya.
Dalam tempoh 24 jam, Nava terkejut kerana berjaya mengumpul sebanyak AS$5,000 (RM20,577) dan meningkat kepada AS$27,000 (RM111,200).
Jadi, Nava membuat kejutan hari jadi untuk Villarruel sempena ulang tahun ke-77 tahun. Dia datang dengan belon dan menyanyikan lagu ulang tahun bersama beberapa orang bekas pelajar dan komuniti.
“Ini adalah pengalaman hidup yang akan saya dikenang sepanjang hayat. Saya akan sematnya di dalam hati,” kata Villaruel. Pejabat Sheriff turut membantu Villaruel dengan menyediakan penginapan di hotel buat sementara waktu. – Sinar Harian
- BACA: PENGURUS CALTEX BACHANG, MELAKA AMBIL LELAKI GELANDANGAN KERJA BASUH KERETA
- BACA: PENGASAS BERSAMA UBER BELI RUMAH AGAM RM299 JUTA – SEDANGKAN PEMANDU UBER TAK CUKUP MAKAN
- BACA: TIGER WOODS BERNASIB BAIK MASIH HIDUP SELEPAS KEMALANGAN – POLIS
- BACA: TINGGAL ANAK DALAM KENDERAAN. SUSPEK CURI HONDA PILOT PATAH BALIK MARAH, UGUT PEMILIK TU!!!



