
APAKAH MAKSUD NOMBOR DAN HURUF PADA KERETA JENAMA BMW?
Satu ketika dulu, kita boleh namakan model BMW dengan mudah. Katakan ‘330i’, maka ia bermaksud kereta 3 series dengan enjin 3000cc. Tapi ada juga beberapa model yang tidak dinamakan dengan cara begini seperti E39 540i, yang menggunakan enjin 4400cc atau E82 125i yang menggunakan enjin 3000cc
Sistem nama ini sebenarnya digunakan oleh BMW lama dahulu, sebelum perang dunia kedua lagi. Sebagai contoh kapal terbang buatan BMW diberi siri 100s, motosikal dengan siri 200s dan kereta menggunakan kod 300. Namun selepas BMW serius dalam pembinaan kereta, sistem kod nombor dan nama ini mulai berterabur.
Mereka perlukan satu sistem nama dan nombor yang baharu agar pelanggan satu dunia faham dengan model BMW tanpa mengira bahasa yang digunakan. Disebabkan sesaran enjin bukan lagi satu-satunya cara BMW menghasilkan kuasa, maka sistem nombor dan nama yang lebih moden diperlukan
Sebagai contoh sebuah kereta sedan dan SUV mungkin menggunakan enjin yang sama, namun kuasa yang dihasilkan mungkin berbeza bergantung pada boost turbo yang digunakan dan juga sistem hibrid yang akan dikahwinkan pada enjin ini.

Tambahan pula kereta berkuasa elektrik nanti langsung tidak menggunakan enjin, tapi bergantung pada kapasiti bateri dan juga motor elektrik yang akan digunakan. Jadi BMW memutuskan bahawa 2 digit terakhir akan menggambarkan kuasa yang dihasilkan oleh trenkuasa tanpa mengira EV atau kereta dengan enjin.
Sebagai contoh ’45’ merujuk kepada kereta yang menghasilkan antara 300hingga 350kW (402 hingga 469 kuasa kuda. Kuasa ini adalah gabungan kuasa enjin dan juga kuasa sistem hibrid. Ini bermakna jika anda melihat sebuah model 545i, ia adalah lebih berkuasa berbanding dengan model 540i
Huruf 5 di depan merujuk kepada model yang digunakan samaada 3, 5 atau 7 atau mana-mana siri model kereta yang dihasilkan oleh BMW. Huruf ‘i‘ pula merujuk kepada enjin petrol manakala enjin diesel akan menggunakan huruf ‘d‘
Jika model tersebut memiliki nama ‘e‘ ia bermakna kereta tersebut menggunakan teknologi sistem plug-in hibrid. Sebagai contoh 745e PHEV ialah sedan mewah 7 siri, dengan kuasa sekitar 402-469 kuasa kuda yang dihasilkan menerusi sistem plug-in hibrid.

Jika model tersebut meletakkan logo ‘S Drive‘, ini bermaksud ia hanya pacuan 2 roda sahaja samaada depan atau belakang terutama bagi model prestasi seperti siri Z atau SUV bagi siri X. xDrive pula merujuk kepada sistem pacuan semua roda yang digunakan pada kebanyakan model SUV BMW
Bagi model prestasi tinggi iaitu M Performance, huruf M akan diletakkan di bahagian depan sebagai contoh M340i (maksud dia M Performance, 3 Series, antara 300-380 kuasa kuda, enjin petrol).
Bagi model BMW M high-performance seperti BMW M2 atau BMW X5 M (bukan model M sepenuhnya), huruf M akan diletakkan selepas pengenalan nama model. Sebagai contoh BMW X3 M40i (model SUV X3, datang dengan pakej M high performance, kuasa sekitar 300-380 kuasa kuda, enjin petrol).
Anda dah pening? Tahniah kerana itulah perasaan perisik-perisik British yang bekerja setiap hari bagi memecahkan kod tentera Jerman melalui mesin Enigma ketika Perang Dunia kedua dulu.



