Peranti

APLIKASI SAMSUNG MILK MUSIC

Berita baik untuk para penggemar muzik! Samsung Malaysia Electronics baru-baru ini telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai Samsung Milk Music.

Samsung-Milk-Music-apps-mekanika (9)

Pelancaran aplikasi itu diadakan di stesen LRT Kelana Jaya. Ia turut menampilkan persembahan daripada DJ Bate, Sabhi Daddi, Bell Yu Tian dan ratu rock, Ella.

Aplikasi itu tampil sebagai satu platform muzik dan hiburan baharu khusus untuk semua pengguna telefon pintar dan tablet Samsung. Ia boleh dimuat turun secara percuma daripada GALAXY Apps atau Google Play Store.

Samsung-Milk-Music-apps-mekanika (4)

Samsung Milk Music ialah sebuah aplikasi penstriman radio digital yang menawarkan lebih 150 stesen radio dan 20 genre muzik. Ia direka bagi membolehkan pengguna menyusun lagu-lagu kegemaran mereka.

Menerusi platform di dalam LRT iaitu Samsung Milk Music Groove, ia menawarkan pengguna LRT 24 jingle yang terdiri daripada pelbagai genre muzik. Lebih menarik, jingle tersebut akan memberitahu tentang lokasi-lokasi tumpuan ramai seperti KLCC, Pasar Seni dan banyak lagi.

Samsung-Milk-Music-apps-mekanika (10)

“Penstriman muzik cukup popular terutama dalam kalangan generasi muda. Jadi, kami menawarkan perkhidmatan Samsung Milk Music dalam bentuk 24 jingle yang akan dimainkan di beberapa stesen LRT terpilih.

“Ini pasti akan memberi pengalaman muzik yang berbeza kepada semua penumpang LRT,” kata Naib Presiden Mobile, IT dan Pengimejan Digital, Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang.

Samsung-Milk-Music-apps-mekanika (1)

Untuk pengalaman penstriman muzik yang lebih baik, pengguna boleh menaik taraf kepada Samsung Milk Music Premium dengan yuran langganan RM9.99 sebulan. Servis premium merangkumi ciri-ciri seperti mendengar muzik sewaktu offline, tiada had untuk melangkah ke lagu seterusnya, tiada iklan dan kualiti bunyi lebih baik.

Ciri Fine Tune pada aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengubah genre stesen radio berdasarkan kepada populariti, lagu kegemaran dan banyak lagi.

Samsung-Milk-Music-apps-mekanika (6)

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.samsung.com/my/milkmusic

Google ads
Back to top button