Motosikal

HONDA  CB150R STREETFIRE SPECIAL EDITION

Pasaran motosikal tempatan tidaklah semeriah negara jiran seperti Indonesia atau Thailand. Indonesia sebagai contohnya memiliki pasaran yang besar. Justeru, tawaran motosikal di sana pastinya lebih pelbagai.

honda-cb150r-streetfire-special edition-mekanika

Terbaharu, PT Astra Honda Motor (AHM), pengedar jenama motosikal Honda di Indonesia memperkenalkan Honda CB150R StreetFire Special Edition. Model edisi istimewa itu ditawarkan dengan tambahan Rp1 juta (RM310) berbanding model standard CB150R StreetFire.

Dijual pada harga Rp26.4 juta (RM8,180), model street bike berkenaan ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Raptor Black dan Speedy White.

Dari segi mekanikal,  CB150R StreetFire Special Edition masih menggunakan enjin sama. Enjin DOHC bersesaran 150cc dengan transmisi 6 kelajuan.

Honda-Streetfire-special-edition-indonesia-mekanika (1)

Ada beberapa komponen baharu yang ditawarkan pada model berkenaan. Honda memperkenalkan Innovative Truss Frame: rangka tralis baharu dengan warna merah, sistem lampu LED (lampu depan, lampu isyarat membelok dan belakang), pelindung enjin warna emas, cowl bawah sporty dan visor yang agresif untuk menyempurnakan ciri aerodinamik.

Lebih menarik, aksesori khusus seperti cowl pelana dengan warna baru Matt Gun Powder Black Metallic dijual secara berasingan pada harga Rp360,000 (RM111.60).

Honda-Streetfire-special-edition-indonesia-mekanika (2)

AHM turut menawarkan aksesori sedia ada sebelum ini iaitu fender Eliminator dengan harga Rp360,000. Selain menyediakan pakej aksesori berupa pad tangki minyak, pad penutup minyak, pelindung radiator dan crankcase engine protector pada harga Rp300 ,000 (RM93).

Kehadiran model berkenaan sekali gus melengkapkan pilihan penunggang motosikal di Indonesia yang ingin tampil berbeza dan agresif.

Foto Pelancaran: mobil123

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button