Buletin

APRC DANAU TOBA – RIFAT SUNGKAR MENANG. KARAMJIT SINGH PULA AKUR UNTUK MENARIK DIRI DARI SAINGAN

Hujung minggu yang lalu telah berlangsungnya perlumbaan Asia Pacific Rally Championship (APRC) Danau Toba 2022 yang berlangsung cukup meriah dengan kehadiran jentera rali yang hebat dan handa. Daripada jentera rali R5 hinggalah kepada jentera rali AP4 terkini dan juga model ProtoCar. Hasilnya, pelumba lagenda rali Indonesia, Rifat Sungkar berjaya memenangi perlumbaan tersebut.

  • Pelumba handalan Indonesia Rifat Sungkar yang memandu jentera rali MPV, Mitsubishi Xpander AP4 berjaya memenangi perlumbaan setelah mengharungi 12 SS sejauh 361.12 km meliputi kawasan perkebunan dengan permukaan gravel di sekitar Danau Toba yang cukup terkenal dengan destinasi perlancongan itu. Lokasi permulaan & penamat diadakan di Terminal Sosor Sana Parapat yang juga merupakan hub pengangkutan utama di sana.
  • Rifat Sungkar berjaya menebus kehampaan sewaktu pusingan pertama perlumbaan rali nasional yang turut diadakan dilokasi yang sama, dimana beliau gagal menamatkan perlumbaan akibat mengalami masalah pada jentera. Kemenangan ini amat manis sementalah pertama kali muncul juara perlumbaan APRC malah bergabung pertama kali dengan Juruarah yang baharu Benjamin Searcy.
  • Podium kedua menjadi milik Musa Rajekshah yang memandu jentera Skoda Fabia R5. Sudah tentu jentera ini dianggap laju dengan spesifikasi yang cukup moden. Pun begitu, beliau ketinggalan lebih daripada 1 minit di belakang Rifat Sungkar yang memandu jentera AP4. Untuk makluman, Musa Rajekshah yang juga aktif berlumba sebelum ini adalah merupakan Wakil Gabernor bagi Sumatera Utara.
  • Manakala podium ketiga menjadi milik seorang lagi pemandu veteran Indonesia, Ricardo Gelael daripada pasukan Jagonya Ayam (pemilik pemegang francais KFC di Indonesia) yang memandu sebuah lagi jentera rali moden, Citroen C3 R5. Asalnya Ricardo Gelael ini sememangnya dikenali sebagai seorang pelumba professional sebelum sempat beralih arah ke dunia korporat apabila menjadi Bos KFC Indonesia. Ternyata usia (berusia 63 tahun) dan jawatan tidak pernah menghalang untuk kekal aktif berlumba rali.
  • Khabar malang menimpa buat lagenda rali negara Karamjit Singh yang terpaksa akur untuk menarik diri daripada saingan di Danau Toba sewaktu SS2 sedang berlangsung akibat masalah mekanikal yang melanda jentera Proton Gen2 Turbo beliau. Sedangkan di SS1, Karamjit Singh berjaya membuktikan jentera yang bernadikan Mitsubishi Evo 6 itu serta pemanduan yang handal berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan di belakang jentera yang lebih moden. Cukup kompetetif buat sang lagenda. Cuma rezeki beliau tidak memihak kali ini. Mungkin sudah sampai masanya beliau diberikan jentera rali yang lebih moden dan kompetetif untuk beliau terus beraksi.

Kredit Foto : Liputan6.com

BACA : KARAMJIT SERTAI APRC TAHUN DEPAN? MENTERI BELIA DAN SUKAN SEDIA BANTU

BACA : ASIA PACIFIC RALLY CHAMPIONSHIP 2022 DANAU TOBA – KARAMJIT SINGH JUGA TURUT SERTA!

Google ads

B K

Back to top button