
PERODUA PERKENAL ATIVA HYBRID. 102HP/106NM, 31.KM/L. TAK JUAL, UJI MINAT PROGRAM LANGGANAN
Perodua hari ini memperkenalkan model hibrid pertamanya, Ativa Hybrid ke pasaran tempatan.
300 unit yang dibawa khas dari Jepun itu bagaimanapun bukanlah untuk dijual. Tetapi akan digunakan sebagai model kajian bagi Perodua mendapatkan data mengenal pasti keperluan pelanggannya dalam penggunaan kereta hibrid.
Perodua Ativa Hybrid menggunakan sistem “hibrid bersiri” di mana set motor elektrik menggerakkan roda kenderaan. Manakala enjin bertindak sebagai penjana kuasa untuk mengecas enjin. Model ini menggunakan enjin 1.2L (WA-VEX) untuk menjana kuasa tersebut.
Enjin tersebut mampu menjana kuasa 102hp dan tork 105Nm. Ia kemudian dipadankan dengan motor elektrik berkuasa 106hp dan tork 170Nm serta pek bateri 4.3Ah.

Dengan teknologi ini, Sistem Bersiri Perodua Ativa Hybrid mampu mencapai jarak sejauh 31.3 kilometer seliter (berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia). Senang cakap, sistem hibrid itu berfungsi seperti Nissan e-Power.
Program perintis oleh Perodua ini juga akan membolehkan syarikat kereta kompak itu melihat tahap penerimaan para pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan penjualan traditional kereta.
“Walaupun kami percaya bahawa pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama kami namun, ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.

“Inilah yang kami maksudkan dengan ‘langganan’ – satu perkhidmatan yang mana semua kewajipan lain untuk memiliki kenderaan seperti mengikuti jadual penyelenggaraan, membayar insurans kenderaan dan cukai jalan.
“Semua ini akan diuruskan sepenuhnya oleh kami. Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah membayar yuran langganan untuk menikmati pakej tersebut,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
Perodua sememangnya mempunyai perkhidmatan langganan sedia ada yang diuruskan di bawah EZ MOBi. Tetapi buat masa ini perkhidmatan langganan hanya untuk syarikat dan bukan individu. Perkhidmatan EZ MOBi Perodua mula diperkenalkan pada Januari 2021.
- BACA: PERODUA ATIVA HYBRID MUNCUL LAGI. CBU JEPUN, 300 UNIT SAHAJA, HANYA DIJUAL SECARA PAJAKAN?
- BACA: PERODUA MYVI AKAN GUNA DCVT, TAPI TAK SAMA DENGAN GEAR ATIVA?
- BACA: BANJIR PUNYA HAL. PEMILIK ATIVA REDA WARANTI TERBATAL, BARU 2 BULAN PAKAI
- BACA: PERODUA ATIVA X, CROSSOVER TERMURAH DI DUNIA KETIKA INI.
GALERI





