Buletin

TUNDRA VERSI CHINA – ‘TUNDAR’ JAUH PANGGANG DARI API. TAK MAMPU CAPAI KELAJUAN TERTINGGI 60MPH PUN…

Pembuat kereta China seolah-olah kebal dari undang-undang hak cipta antarabangsa. Mereka meniru kenderaan dari jenama lain begitu terang-terangan tetapi tak semuanya sedap mata memandang.

Jika Toyota dengan keluarannya Tundra, salah satu trak terlaris dan paling selamat di Amerika Syarikat, namun ciptaan China oleh pengilang Sino Vehicle Hub Co. (SVH) ini kelihatan seperti kereta mainan.

Ia dinamakan ‘Tundar,’ yang jelas meniru Toyota Tundra. Tetapi, rasanya Toyota tidak perlu terlalu bimbang dengan ‘Tundar’ keluaran China ini.

Tundar ialah trak kompak yang kelihatan seperti ia diperbuat daripada blok Lego. Walaupun ia menyalin beberapa elemen reka bentuk, seperti bahagian hadapan, dan lampu hadapan ikonik Toyota tapi masih jauh panggang dari api. Sekilas pandang, terasa lucu pun ada.

Mengenai bahagian dalam, ia adalah bahagian terbaik untuk trak ini. Kabin menampilkan stereng tiga jejari yang comel, sisipan papan pemuka merah dan lubang udara yang kelihatan gila. Tikar lantai berkuilit (Quilted floor mats) kelihatan pelik, malah terdapat kamera sandaran yang dipasang.

Tundar mempunyai satu set roda mini 13-inci, berbanding dengan roda 18-inci standard pada Toyota, dan tidak menggunakan banyak pelepasan tanah, berbanding dengan Tundra yang sesuai digunakan di off-road.

Di bawah hud, Tundar menampilkan enjin 1.0 liter yang dipinjam daripada Isuzu. Ia sangat kecil berbanding Tundra, memiliki V6 pengecas turbo berkembar 3.5 liter, jana 389 kuasa kuda dan tork 479 lb-ft. Janakuasa Tundar sangat lemah bahkan tidak mampu untuk mencapai kelajuan tertinggi 60mph.

Meskipun pengeluar China ini cuba meniru Tundra, amat diragui Tundar mampu mencapai standard Tundra. Dengan hargaAS$6,000 (RM 27588), anda boleh mendapatkan trak lebih besar di AS dan ia adalah pilihan yang lebih baik.

Google ads
Back to top button