Artikel Pilihan

APU, ENJIN TAMBAHAN KAPAL TERBANG KETIKA MENDARAT

Kalau anda lihat kapal terbang, biasanya ia akan dikuasakan dengan 1, 2, 3, atau 4 enjin jet turbin bagi menghasilkan tujahan untuk bergerak ke depan.Tujahan ini akan meghasilkan daya angkatan pada bahagian sayapa dan membenarkan kapal terbang bergerak di udara.

Tapi pada masa yang sama, enjin jet turbin ini juga digunakan untuk memberi kuasa kepada peralatan lain seperti perkakasan hidraulik untuk menggerakkan komponen sayap (aeleron), dan membekalkan kuasa kepada peralatan elektrik yang lain seperti penyaman udara dalam kabin kapal terbang ketika terbang di udara

Tapi sekiranya kapal terbang sudah mendarat, adalah tidak ekonomikal untuk menghidupkan enjin kapal terbang semata-mata untuk membekalkan kuasa elektrik pada perkakasan kapal terbang. Seperti yang kita sedia maklum, enjin kapal terbang adalah paling efisyen jika ia digunakan pada kelajuan tinggi, satu perkara yang mustahil dan berbahaya jika dibuat di landasan kapal terbang.

Oleh yang demikian, kapal terbang biasanya dipasang dengan Auxiliary Power Unit (APU) ataupun Unit Kuasa Tambahan yang digunakan khas untuk menyokong semua peralatan elektrik ketika kapal terbang mendarat di lapangan terbang.

Secara alternatifnya, jika kapal terbang terus bersambung dengan punca kuasa elektrik di terminal unit APU ini boleh dimatikan dan kapal terbang boleh mendapat punca kuasa elektrik terus dan lebih bersih kepada alam sekitar.

Kepentingan APU ini mula disedari apabila semua negara sibuk berperang semasa perang dunia kedua. Pada ketika itu, kebanyakan kapal terbang perang dilengkapi dengan APU yang terdiri daripada enjin pembakaran dalam dan juga piston. Hanya pada tahun 1963 sahaja APU jet turbin mulai diperkenalkan pada 1963 pada Boeing 727.

APU bagi kapal terbang moden dipasang pada bahagian ekor. Jika anda perasan, terdapat wap panas atau udara panas yang keluar daripada bahagian hujung pesawat jika unit APU digunakan. Komponen APU terdiri daripada Power Section, Load Compressor dan Gearbox (Kotak Gear)

Power Section – unit gas turbin dimana udara dan bahan api dicampur, dimampat dan dibakar bagi menghasilkan gas udara yang panas dan memutarkan turbin.[[11]

Load compressor – syaf yang bersambung dengan power section dan membekalkan kuasa penumatic (tekanan udara)

Gearbox – menghantar kuasa daripada syaf utama kepada generator elektrik sejukan minyak bagi menghasilkan elektrik. Kuasa elektrik akan dihantar kepada unit kawalan bahan api, unit pelinciran dan unit HVAC (penyaman udara)

Sesetengah kapal terbang seperti Boeing 787 tidak memerlukan sistem penumatic, sebaliknya bergantung terus pada generator elektrik untuk semua peralatan. Jadi APU bagi kapal terbang ini tidak memerlukan sistem pneumatic dan rekaan APU bagi Boeing 787 adalah lebih ringkas

Google ads
Back to top button