
FERRARI PUROSANGUE TIBA DI MALAYSIA – JANA 715HP, HARGA BERMULA RM5 JUTA
ITAL Auto Malaysia Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia, secara rasmi melancarkan Ferrari Purosangue untuk pasaran Malaysia.
Menariknya, ia merupakan kereta empat pintu dan empat tempat duduk pertama bagi Ferrari dan ia dibina berdasarkan casis serba baharu.
Selain itu, model ini juga diperbuat sepenuhnya daripada aluminium aloi sekaligus menjadikannya lebih ringan serta meningkatkan aspek NVH.

Untuk dimensi, ia berukuran sepanjang 4,973mm, lebar 2,028mm, tinggi 1,589mm dengan jarak antara roda 3,018mm.
Dari segi penggayaan, ia turut didatangkan dengan bumbung gentian karbon dan pintu belakang welcome doors bagi memudahkan penumpang masuk atau keluar.
Model ini diserlahkan lagi melalui rim bersaiz 22-inci di hadapan manakala bahagian belakang pula menggunakan rim 23-inci.

Di bahagian dalam, Ferrari Purosangue tampil dengan empat tempat duduk dengan pelarasan elektrik, paparan berukuran 10.2 inci serta sistem audio Burmester 3D.
Perincian lain termasuklah pengecas wayarles, bahagian kabin diperbuat daripada bahan lestari dan karpet dengan bahan poliamida yang dikitar semula.
Beralih kepada kuasa, SUV ini dikuasakan oleh V12 6.5 liter NA, berupaya menghasilkan 715hp @ 7,750rpm dan 716Nm @ 6,250rpm.
Nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan dan AWD.
Ia mempunyai daya pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.3 saat dan 0 hingga 200 km/j dalam 10.6 saat manakala kelajuan maksimum pula dihadkan pada 310 km/j.
Sistem keselamatan Purosangue terdiri daripada:
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Automatic Emergency Brake System (AEB)
- Auto High Beam (HBA/HBAM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Keeping Assist (LKA)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Untuk harga, Ferrari Purosangue diberi tanda harga bermula RM5 juta, termasuk cukai, pendaftaran dan menawarkan jaminan selama tujuh tahun, merangkumi pakej penyelenggaraan (setiap 20,000 km atau setahun sekali tanpa had perbatuan).
GALERI:



















- BACA: TOYOTA CROWN SPORT DIPERKENALKAN DI JEPUN – EH, INI TOYOTA KE FERRARI BANG?
- BACA: FERRARI F8 TRIBUTO MILIK YOUTUBER DIJILAT API – CARI PENYAKIT
- BACA: RANGKA FERRARI 500 MONDIAL SPIDER 1954 DILELONG PADA HARGA RM8.89 JUTA
- BACA: ALAHAI, TAKKAN TUNJUK FERRARI JE? KAT SINI SIAP SEWA KAPAL TERBANG DIK