Buletin

ARAB SAUDI CATAT EKSPORT MINYAK RM4.37 BILION SEHARI!

Eksport minyak Arab Saudi mencatat AS$30 bilion (RM131 .1 bilion) pada Mac, paling tinggi dalam tempoh enam tahun berikutan kenaikan harga dan produksi komoditi tersebut. 

Jika dibuat pengiraan mudah, eksport minyak negara teluk itu mencecah AS$1 bilion (RM4.37 bilion) sehari, naik 123 peratus dari tahun ke tahun. 

Menurut jabatan perangkaan Arab Saudi, pengeluaran minyak mentah melonjak kepada 10.3 juta tong sehari pada Mac dengan purata harga minyak Brent AS$112 (RM489) setong. Harga minyak naik hampir 50 peratus tahun ini akibat perang Rusia-Ukraine. 

Perolehan tersebut membantu Arab Saudi mencatatkan lebihan bajet sebanyak AS$15 bilion (RM65.5 bilion) di antara Januari hingga Mac 2022. Ia dijangka menjadi salah satu ekonomi yang paling pantas berkembnang di dunia pada tahun ini, kata Tabung Kewangan Antarabangsa. 

Rakan niaga Arab Sudi terdiri daripada pengimport utama minyak iaitu China, India, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Import keseluruhan naik 93 peratus pada Mac menjadi AS$37.9 bilion (RM165.6 bilion). 

Angka eksport dijangka terus naik kerana OPEC+ yang melibatkan 23 buah negara pengeluar minyak akan meningkatkan produksi setiap bulan bagi mematuhi perjanjian yang tamat pada September depan.

Google ads
Back to top button