Buletin

ARAB SAUDI DAN RUSIA CAPAI KATA SEPAKAT TAMATKAN PERANG HARGA MINYAK. KURANGKAN PRODUKSI 10 JUTA TONG SEHARI

Arab Saudi dan Rusia dilapor telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan perang harga minyak dengan menggesa pengeluar minyak mentah utama bersetuju ke atas satu perjanjian. 

Perjanjian itu berperanan mengurangkan produksi dan membantu menstabilkan pasaran yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. 

Satu persidangan video yang panjang di antara ahli OPEC dan kuasa besar lain pada Khamis lalu berakhir dengan persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong minyak sehari pada Mei dan Jun depan.

Ini merupakan pengurangan produksi paling tinggi pernah dipersetujui oleh pengeluar minyak dunia. 

Namun, Mexico didakwa enggan menyokong resolusi itu dengan Mexico meletakkan persetujuan bersyarat. Kini tumpuan beralij kepada satu lagi rundigan di antara ahli G20 yang turut disertai Mexico. 

Setiausaha Agung P{EC, Mohammed Barkindo pada Jumaat menggesa negera ahli G20 supaya turut serta dalam mengurangkan pengeluaran minyak. Setiap pengeluar harus ada tanggungjawan untuk melebarkan operasi ini. 

“Setiap pengeluar minyak yang kebanyakannya terdiri daripada negara-negara membangun terjejas dan tiada yang kebal. Keadaan ini memaksa kami untuk menilai semula kesan ini pada setiap hari,” kata Barkindo. 

Para pengeluar kini semakin terdesak untuk menaikkan harga minyak selepas Arab Saudi dan Rusia tidak mengendahkan permintaan untuk mengurangkan produksi sejak bertahun-tahun lamanya.

Jika dilihat kepada ketidakseimbangan bekalan dan permintaan sekarang, dunia kini mempunyai lebihan 14.7 juta tong minyak sehari pada suku kedua tahun 2020. 

Ini merupakan jumlah yang sangat besar dan tidak pernah berlaku dalam zaman moden. 

Keadaan tersebut diburukkan lagi dengan penularan wabak COVID-19 yang membuatkan hampir semua negara menguatkuasakan perintah kuarantin. Ia menyebabkan permintaan terhadap bahan api itu jatuh sehingga 20 juta tong sehari.

Walaupun pengeluar mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari, ia hanya melibatkan 10 peratus bekalan normal minyak dunia. Jauh lebih rendah berbanding anggaran permintaan akibat COVID-19. Jadi, langkah itu dilihat mustahil untuk menstabilkan harga minyak yang merudum sebak beberapa bulan lalu. 

Kejatuhan harga juga menyebabkan banyak syarikat minyak di Amerika berdepan bankrap dan pemberhentian kerja. – CNN

Google ads
"
"
Back to top button