Buletin

KERETA ROSAK, PUTERA ARAB SAUDI HADIAHKAN HILUX

Kisah seorang lelaki yang diberikan hadiah berupa sebuah trak pikap Toyota Hilux oleh Putera Arab Saudi tular di media Arab Saudi baru-baru ini, lapor akhbar Gulf News.

Gabenor wilayah Asir, Putera Turki bin Talal Al Saudi memberikan kenderaan itu kepada seorang lelaki selepas beliau terlihat lelaki itu berdiri di tengah sebatang jalan di Mahayel, Asir kerana keretanya rosak.

Putera Turki kemudian meletak kenderaannya di sebelah kenderaan lelaki tersebut dan bertanya kepadanya sekiranya dia mempunyai kereta lain untuk digunakan. Lelaki itu menjawab tiada.

Putera Turki kemudian membawa lelaki itu ke sebuah bilik pameran kereta dan membelikannya sebuah Toyota Hilux. Beliau menyerahkan kunci dan memberitahu kepada lelaki itu bahawa kereta itu kini menjadi miliknya.

Foto peristiwa tersebut kemudian dikongsi di platform media sosial dan orang ramai memuji sikap murah hati Putera Turki. – AGENSI 

Google ads
Back to top button