Buletin

ART OF SPEED EDISI KE-12. 29-30 JULAI, PEMENANG CABUTAN BERTUAH BAWA PULANG TOYOTA CELICA 1979 DENGAN AIR SUSPENSION!

Art of Speed 2023 bakal diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 29 dan 30 Julai 2023 dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

Art of Speed 2023 akan mempamerkan 500 buah kenderaan dengan tarikan utama terarah kepada Show & Shine di Dewan A yang akan menampilkan kenderaan bermodifikasi terbaik. Pemenang ‘Best of Show’ berpeluang melawat acara The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show pada Disember depan.

Tarikan baharu pula pasti akan membuatkan peminat Hot Wheel teruja apabila Art of Speed 2023 memperkenalkan acara The Hot Wheels Legends Tour yang pertama kali diadakan pada tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, Dewan B bersedia menyambut pengunjung ke Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School dan Hot Wheels Swap Buy and Sell.

Selain NEAT Fest yang menampilkan kolektif pengubahsuaian kereta dari seluruh Malaysia, Off The Grid juga kembali ke Dewan C, manakala Hail Vintage diadakan di Dewan D.

AKTIVITI DAN RERUAI JUALAN

Art Of Speed edisi ke 12 ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti seperti Roda Rumble 2023, La Cultura, Streetware Con, Pageant, Penjual makanan dan trak Food Park, Pasaran Lambak Automotif serta Pelancaran produk di atas pentas.

Turut tersedia ialah Zon Tunggang Uji motosikal keluaran Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan banyak lagi.

“Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, malah penggiat seni, pemuzik atau pengumpul,” kata Pengarah Festival Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar.

Dalam pada itu, edisi kali ini mengalukan tetamu komuniti kustom serta media antarabangsa termasuklah:

  • Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” daripada MOONEYES (Jepun)
  • Cycle Zombies (AS)
  •  V-Twin Visionary (AS)
  • Wild Road Choppers (Jepun)
  • Cosmic Chopper City (Jepun)
  • Geoff dari Return of Cafe Racer (AS)
  • Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com (Jepun)
  • Side Yakotani (Jepun)
  • Hopping Shower (Jepun)
  • Boopin (Jepun)
  •  Ken Flat Top (Jepun)
  • Jetwrench_artstudio (Jepun)
  • Vondutch (Indonesia)
  • Ya Seat (Thailand)

SOUND CIRCUS DAN TARIKAN LAIN

Penggemar muzik pastinya tertunggu-tunggu barisan kugiran dan penyanyi yang bakal beraksi di SoundCircus pada Art Of Speed 2023. Namun menerusi kenyataan sidang media, Pengarah Festival Art of Speed Malaysia, Asep Ahmad Iskandar berkata perkara itu akan diumumkan kelak.

Sebagai penamat acara pada hari Ahad nanti, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang sebuah Toyota Celica 1979 dengan modifikasi ‘air ride suspension’.

HARGA TIKET

Pas hujung minggu Art Of Speed 2023 boleh didapati di depan pintu atau menerusi dalam talian pada harga RM35.00 (kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan pemegang pas OKU masuk percuma).

Pas Speed Lane pula boleh dibeli pada harga RM60, sementara pas Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass akan tersedia dalam talian tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button