PERODUA ATIVA HYBRID 1.2. UNTUNG LA SAPA YANG DAPAT
Kalau ikut cara lama Daihatsu, biasanya DMC (Daihatsu Motor Corporation) ini akan membekalkan produk produk lama kat Perodua. Biasanya kita akan ketinggalan satu generasi. Kalau di Jepun sudah phase out, barulah model tersebut masuk sebagai model Perodua.
Kelemahan strategi bisnes seperti ini ialah, kita lambat dapat produk terbaru. Kebaikan dia, semua masalah yang ada pada model tersebut dah dihapuskan. Tiada masalah pelik pelik macm door handle patah, komponen plastik reput, atau komponen gagal berfungsi. Kalau ada pun masalah endurance, ye la semua driver kat sini semua ricer mcm Lewis Hamilton.
2. Daihatsu Rocky Hybrid ini baru sangat dilancarkan, pada bulan 8 2021. Setahun lebih lepas tu dalam bulan 9 2022 dah masuk ke Malaysia, memang cepat dah ni. Cuma Daihatsu Rocky ini rebadge balik jadi Perodua Ativa. Benda paling baru dalam Ativa Hybrid ni mestilah sistem hibrid dia
3. Daihatsu e-Smart Hybrid ini adalah benda baru dalam DMC, dan tersangat la baru bagi Perodua. Terlalu banyak risiko yang perlu difikirkan kalau Perodua nak melabur berbillion ringgit dan jual Daihatsu Rocky Hybrid di. sini
Solusi mudah ialah bawa Daihatsu Rocky Hybrid dan tawarkan dalam konsep pajakan. Kos pelaburan tidak mahal, dan pada masa sama Perodua boleh tawar dan uji konsep baru pajakan, serta boleh menguji komponen hibrid.
Sebab itulah, apabila cukup 100,000km, Perodua Ativa Hybrid ini wajib kdipulangkan semula. Pasukan R&D Perodua boleh mengkaji kebolehharapan (reliability) bateri, apa kesan pemanduan jangka masa panjang, kesan suhu tropika dan lain lain kesan untuk pemanduan di Malaysia
4. Bagi 300 pemilik yang berjaya mendapat, mereka hanya perlu membayar RM 500 sahaja sebulan. Kos penukaran tayar, servis, cukai jalan, takaful dan lain lain akan ditanggung oleh Perodua. Cukup 100,000 km perjalanan maka mereka akan memulangkan semual Ativa Hybrid . Kalau saya pun cukup 5 tahun atau 100,000k km memang akan jual dan beli kereta baru.
5. Berbeza dengan varian turbo, varian hibrid akan menggunakan enjin 1200cc 3 silinder WA-VEX ni bertindak sebagai pengecas bateri hibrid. Tak power mana pun enjin ini, sekitar 80hp dan 105Nm tork saja. Bateri ni akan sambung ke motor elektrik yang berkuasa 104hp dan 170Nm tork. Nilai tork ni dah hampir sama dengan enjin 1800cc petrol aspirasi normal
6. Tambah pulak dengan berat Perodua Ativa hibrid ini dalam 1060kg+- sahaja, berdesup juga Ativa Hybrid ketika mula mula memecut. Ini disebabkan tork motor ini menjana 170Nm dari 0 RPM. Tiada turbo lag macam kembar Ativa Turbo. Cuma top speed tak tinggi la, sekitar 150km/jam sahaja. Eh mana ada orang bawak hibrid laju-laju
Anda boleh menggunakan ciri Single Pedal Driving dengan menghidupkan butang ini pada panel papan pemuka. Sebaik sahaja pedal minyak dilepaskan, brek regeneratif akan diaktifkan dengan segera. Ia mungkin terlalu kuat bagi penulis, tapi selepas beberapa ketika anda akan mula terbiasa dengan ciri ini.
Mode pemanduan juga boleh diubah kepada ECO sekiranya anda menggunakan ciri Single Pedal Driving. Keadaan ini akan memberikan penjimatan bahan api maksimum. Mematikan ciri Single Pedal Driving dan menggunakan mode pemanduan normal, penulis dapat rasa keupayaan enjin menjadi lebih “buas dan hidup”
Anda boleh memotong kenderaan lain dengan lebih pantas dan memandu dengan lebih laju. Tapi jika anda sukakan kelajuan, varian turbo adalah lebih sesuai untuk anda. Ciri ASA juga ditawarkan pada model ini cuma anda kehilangan ciri Amaran Titik Buta
Tapi ia digantikan dengan ciri Brek AutoHold dan juga Brek Parkir Elektrik yang diintegrasikan dengan menggunakan brek dram. Agak bijak juga rekaan sebegini. Rekaan ini menjadikan ruang dalaman terutama di bahagian konsol tengah lebih luas untuk pemandu.
7. Enjin 1.2 WA-VEX ini boleh suka-suka hati hidup dan suka-suka hati mati bagi mengecaj bateri hybrid, bergantung pada car pemanduan. Cuma bila kita pandu dengan laju, kita macam paksa enjin ini untuk mengecaj dan menghasilkan bunyi yang kuat. Bunyi tersebut akan didengari dalam kabin sewaktu kita sedang memecut atau memandu laju
8. Kalau dipandu secara berhemah dengan halaju purata sekitar 100-120km/jam, Perodua Ativa Hybrid memberikan bacaan purata dalam 22.7km/liter. Kali kedua penulis memandu uji di laluan bandar dan lebuhraya, bacaan yang diperolehi adalah skitar 21.6km/liter. Nak dapat bacaan WLTP 27.8km/liter tue agak susah sikit.
9. Dalam aspek pengendalian, penulis merasakan varian hibrid adalah lebih baik berbanding dengan varian turbo disebabkan varian hibrid datang dengan ciri Cornering Trace Assist. Sistem ini akan memberikan brek secara automatik pada tayar depan sebelah dalam semasa selekoh. Ala-ala vectoring gitu seperti yang digunakan oleh Honda
10. Nak beli? Sorry bro semua unit Perodua Ativa Hybrid sudah habis dilanggan, dan bilangan unit terhad 300 unit saja. Kenapa 300? Kenapa tak 3000? sebab ni dalam peraturan ujian yang digazetkan oleh pihak berkuasa, bilangan kenderaan tidak boleh melebihi 300 unit.
11. Jadi apa sebenarnya yang cuba diuji oleh pihak Perodua melalui model Ativa Hybrid ni?
11.1-mengkaji penerimaan pengguna pada teknologi electric hybrid yang ungkin akan diperkenalkan pada masa depan. Ini disebabkan jenama Perodua sudah sinonim dengan penggunaan enjin petrol yang menjimatkan, dan konsep enjin hibrid adalah benda baru
11.2 -e-Smart Hybrid ini ialah projek besar yang diterajui oleh DMC bukannya Toyota. Jadi perodua dan DMC akan menilai keupyaan bateri lithium ion dan trenkuasa baru yang melibatkan motor elektrik serta sistem inverter. Apa-apa kelemahan pada sistem ini akan ditambah baik pada masa depan.
Malah panel pintu belakang yang dihasilkan dengan menggunakan panel plastik yang dihasilkan daripada resin thermoplastik juga perlu dinilai oleh Perodua bagi memastikan ia boleh diterima oleh pengguna
11.3 Perodua juga berpeluang menguji konsep pajakan kepada pelanggan melalui langganan kenderaan Perodua EZ MOBi
Tapi apa yang kita boleh teka pada masa akan datang ialah Perodua mungkin memiliki keupayaan untuk menghasilkan kenderaan berteknologi hibrid. Bagi memastikan harganya murah, mungkin kebanyakan komponen ini akan dihasilkan oleh pembekal tempatan.
Secara keseluruhan, Perodua Ativa Hybrid ini merupakan sebuah pakej lengkap crossover kompak yang menjimatkan bahan api tapi pada masa yang sama mengekalkan keseronokan pemanduan dengan tork yang segera dari motor elektrik.