
SEMA 2022: ACURA PAMER TIGA KONSEP INTEGRA KUSTOM
Bersempena dengan acara pameran SEMA tahun ini, Acura bakal memeriahkan suasana dengan tiga buah model Integra empat pintu yang telah dimodifikasi oleh tiga penala berbeza.
Penala yang dimaksudkan itu ialah Daijiro “Dai” Yoshihara, Sara Choi dan juga Coco Zurita.




Acura Integra yang dihasilkan oleh Yoshihara itu dibina oleh Evasive Motorsports, menampilkan fender flare Voltex, sayap belakang yang agak besar, serta rim 22 inci yang dibaluti tayar perlumbaan Yokohama A005 dan sistem brek yang telah dinaiktaraf.
Bahagian dalaman pula menempatkan sangkar keselamatan enam poin, tempat duduk perlumbaan Kevlar, sistem abah-abah enam poin, papan pemuka perlumbaan dan juga short shifter boleh laras.
Dari segi prestasi, nadi Integra telah mendapat sistem penapis udara baharu, sistem ekzos Spoon Sports serta intercooler depan CSF.


Acura Integra kedua pula merupakan jentera lumba jalanan yang dihasilkan oleh Sara Choi, di mana sedan ini didatangkan dengan balutan wrap putih, rim Advan RSDF 19 inci.
Dibina oleh Tony Star Performance, ia turut menampilkan kit badan kustom yang merangkumi bampar depan dan belakang, sayap belakang, fender flare dan side sills.
Unit trenkuasa pula disempurnakan dengan pemasangan intercooler GReddy Performance, penyejuk minyak GReddy dan sistem ekzos cat-back Sports Touring.




Acura Integra ketiga yang ditala oleh Coco Zarita pula menampilkan wrap 3M Gotham Gray, disusuli dengan cermin sisi gentian karbon dan rim Kensei KNP bersaiz 18 inci berwarna gelap.
Selain itu, ia turut mendapat naiktaraf spring gegelung RSR Sport-I, strut bar, sistem brek enam omboh Wilwood, diikuti dengan sistem ekzos baharu, sistem kemasukan udara sejuk dan intercooler.
Ruang dalaman pula menempatkan tempat duduk Momo, sistem abah-abah enam poin dan roda stereng perlumbaan Momo.