Buletin

ART OF SPEED MUSIM KE-7 AKAN KEMBALI JULAI INI. DATANG JANGAN TAK DATANG!

Art of Speed, acara tempatan Ol-Skool & Kustom Kulture Malaysia kembali dengan acara tahunannya untuk semua peminat kereta dan motor, mempamerkan seni kustom tempatan yang terdiri daripada kereta dan motosikal yang diubahsuai serta restorasi, galeri seni, aktiviti interaktif dan hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik.

Acara ini akan diadakan pada 28 – 29 Julai 2018 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Art of Speed 2018 (AOS 2018) dibuka untuk lawatan dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 petang. Acara ini mensasarkan lebih 40,000 pengunjung untuk dua hari.
 
Peminat kereta dan motorsikal akan berpeluang bertemu dengan tetamu antarabangsa dari: James Ken Blackmon dan Wilburlavard Thomas III daripada Trico; Amerika Syarikat Dean Ian Micetich dan Jimmy Dean Horn Jr. daripada Dice Magazine; Amerika Syarikat Mark Arcenal daripada Illest/Fatlace; Amerika Syarikat Jeff Holt daripada V-Twin Visionary Magazine; Amerika Syarikat dan ramai lagi selebriti permotoran antarabangsa.
 
 
Art of Speed Invitational Bike Build Off 2018 yang dikuasakan oleh PETRONAS, akan menyaksikan 8 pembina khas daripada Malaysia & Singapore bersaing untuk hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam).
 
Pembina khas yang bersaing ialah: Rusty Factory daripada Ipoh, Perak, Soul Garage daripada Sungai Petani, Kedah, JZ Engineering & Services daripada Pasir Gudang, Johor, No Die Cycles daripada Ampang, Selangor, Beautiful Machines daripada Kuala Lumpur, Dstreet Customs daripada Singapura,Kenstomoto daripada Kuala Lumpur dan Skateture Custom Works daripada Kuching. Sarawak
 
Hot Wheels akan menyambut Ulang Tahun ke-50 di Art of Speed 2018 dengan Dmitriy Shakhmatov, Pengurus Reka Bentuk Global Hot Wheels. Shakhmatov akan berkunjung ke Malaysia dari Amerika Syarikat bersempena Hot Wheels Southeast Asia Tour dan juga mengadakan sesi bertemu khas dengan peminat Hot Wheels.
 
Beliau akan memperkenalkan reka bentuk “Car Culture 2019” dengan kerjasama Porsche RWB, serta meraikan RWB Porsche 911 yang bersaiz sebenar yang telah dibuat menjadi model Ulang Tahun ke-50 Hot Wheels. Pratonton model tersebut di acara ini adalah kali pertama ia akan didedahkan kepada orang ramai.
 
Google ads
Back to top button