AUTO BAVARIA PERKENALKAN MINI ACEMAN ELEKTRIK PERTAMA DI JOHOR
Auto Bavaria, kumpulan pengedar sah terbesar bagi BMW di Malaysia di bawah naungan Sime Darby Motors, memperkenalkan MINI Aceman, crossover kompak elektrik sepenuhnya, di Auto Bavaria Tebrau.
Sebagai crossover elektrik pertama dalam segmen kereta kecil premium, MINI Aceman menggabungkan reka bentuk kompak dengan keselesaan yang luas untuk lima penumpang, memberi pengalaman pemanduan “go-kart” ikonik MINI.
Didefinisikan oleh falsafah reka bentuk ‘Charismatic Simplicity’ MINI, ia menampilkan garis bersih dengan gril oktagon berbingkai Vibrant Silver, lampu depan LED berbentuk angular dengan tiga mod pencahayaan unik, serta roda Hexagram 19-inci.
Di belakang, lampu belakang LED tegak dan garisan melintang mengekalkan daya tarikan MINI, memberikan penampilan ikonik kepada Aceman.
Di bahagian dalam, MINI Aceman dilengkapi paparan OLED bulat beresolusi tinggi 240mm yang dikuasakan oleh MINI Operating System 9 menjadi pusat kawalan navigasi, media dan kenderaan.
Ciri inovatif seperti MINI Experience Modes membolehkan pemandu menyesuaikan suasana kabin dengan pencahayaan, bunyi, dan projeksi grafik khusus pada papan pemuka.
Selain itu, bahan mesra alam seperti fabrik rajut kitar semula menggantikan krom dan kulit tradisional untuk memberikan suasana dalaman yang cerah dan lestari.
Dari segi kuasa, MINI Aceman dikuasakan oleh motor berprestasi tinggi 218hp dengan 330Nm tork, membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.1 saat.
Bateri voltan tinggi 54.2kWh menawarkan jarak pemanduan sehingga 405km, menjadikannya ideal untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.
MINI Aceman menyokong pengecasan pantas DC sehingga 95kW yang membolehkan pengecasan dari 10 peratus ke 80 peratus dalam masa 30 minit serta pengecasan AC sehingga 11kW untuk pengecasan semalaman di rumah atau stesen awam.
Auto Bavaria menawarkan manfaat eksklusif kepada pelanggan di selatan Malaysia, termasuk MINI Wallbox percuma untuk pengecasan di rumah, rebat menarik dan pilihan tukar beli untuk peminat MINI.
Auto Bavaria Tebrau turut menawarkan rangkaian model elektrik MINI yang lain seperti MINI Countryman dan MINI Cooper.
Untuk tempahan pandu uji, kunjungi Auto Bavaria Tebrau, pengedar eksklusif MINI Aceman baharu di Selatan Malaysia.