Motosikal

5 BENDA KAMI SUKA PADA QJMOTOR SVT650X

Segmen motosikal kembara (touring) merupakan antara segmen paling popular di Malaysia ketika ini. 

Ini kerana motosikal kembara menawarkan ciri bukan sahaja praktikal malah selesa untuk tunggangn jarak jauh selain daripada menjimatkan masa berbanding memandu kereta. 

Bagaimanapun, segmen motosikal kembara terutamanya melibatkan 650cc ke atas hadir dengan tanda harga yang agak tinggi. Untuk itu, pengedar seperti MForce Bike Holdings membantu memastikan permintaan orang ramai dapati dipenuhi dengan harga yang lebih mampu milik. 

Antara motosikal kembara yang wajar dipertimbang adalah QJMotor SVT 650X baharu. Kami senarai lima benda yang kami suka pada QJMotor SVT650X ini. 

  1. Enjin berkuasa

Ketika rata-rata motosikal kembara segmen 650cc menawarkan platform parallel-twin (2-silinder) namun SVT650X ini dipacu enjin V-Twin 650cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 75hp pada 9,000rpm dan 65Nm pada 8,000rpm. 

Ini bermakna, SVT650X lebih berkuasa berbanding Suzuki V-Strom 650 X (70hp) dan Kawasaki Versys 650 (68hp). 

  1. Tangki yang besar

Antara ciri wajib pada motosikal kembara adalah kehadiran tangki bahan api yang besar dan SVT650X ini tidak mengecewakan dengan tangki 20L. 

Tangki berkapasiti 20L itu memastikan QJMotor SVT650X menawarkan jarak perbatuan lebih 300km dengan setiap isian penuh. 

  1. Teknologi moden dan premium

Meskipun mengisi segmen motosikal kembara 650cc namun SVT650X ini dilengkapi dengan pakej terkini termasuk srkin TFT berwarna serta ABS dwi-saluran. Handguard juga didatangkan secara standard. 

Penghadang angin boleh laras juga didatangkan secara standard termasuk lampu LED penuh depan dan belakang dengan DRL (daytime running light). 

  1. Brek premium

Antara ciri bonus yang ada pada SVT650X ini sekaligus berbeza dengan pesaing lain adalah pakej brek. Ini kerana motosikal tawaran QJMotor ini dilengkapi dengan brek berkembar Brembo M4. 

  1. Pelindung enjin, top box dan panniers

Rata-rata pengguna motosikal kembara perlu mengeluarkan belanja tambahan bagi memasang aksesori penting seperti pelindung engine (engine guard) dan juga top box serta panniers. 

Bagaimanapun, kedua-dua ciri ini didatangkan secara standard pada QJMotor SVT650X yang dijual di Malaysia. Ini bermakna, pelanggan bukan sahaja membeli motosikal berkeupayaan tinggi malah turut menawarkan penjimatan yang banyak. 

Google ads
Back to top button