
BMW, MCLAREN BANGUNKAN SUPERCAR, CROSSOVER ELEKTRIK – LAPORAN
Pengeluar supercar McLaren dilapor sedang menjalin hubungan dengan BMW untuk membangunkan dua buah model berkuasa elektrik, satu daripadanya merupakan supercar EV dan sebuah lagi crossover berkuasa elektrik yang mampu bertindak sebagai model prestasi tinggi jenama BMW.
Laporan Car Magazine menyebut, kedua-dua model baharu itu bakal berkongsi platform gentian karbon hasil kepakaran McLaren.
McLaren juga didakwa akan melengkapkan model tersebut dengan empat motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 1,088 hp menjadikannya kereta produksi paling pantas pernah dihasilkan oleh pengeluar British itu.
Sementara model BMW pula mungkin akan mengambil pendekatan yang berbeza, memandangkan BMW tidak gemarkan idea membina dua buah model yang sama dengan lencana yang berbeza.
Tidak dapati dipastikan sama ada model crossover BMW ini akan berkongsi tetapan trenkuasa yang sama seperti supercar McLaren.
Berdasarkan laporan, kedua-dua model BMW dan McLaren ini akan menjengah dunia menjelang tahun 2026 hingga 2028. – Car Magazine