Artikel Pilihan

BAGAIMANA CO-DRIVER SUKAN RALI MENGHAFAL JALAN

Secara jujur siapa yang pernah memandu laju di jalan berselekoh, sebagai contoh Jalan Timur Barat yang merentasi Banjaran Titiwangsa dengan selaju yang boleh? Satu ketika dulu penulis pernah cuba memandu laju dengan kereta manual 6 kelajuan ketika bermain dengan sebuah Civic FD 2.0 automatik.

Civic tersebut menggunakan gear automatik, manakala penulis pertama kali memandu jalan tersebut dengan gear manual 6 kelajuan. Kita memerlukan fokus yang tinggi ketika memandu laju di jalan berselekoh, semuan input pemanduan seperti penukaran gear, klac, sudut steering, membaca sudut selekoh dan menganggar kelajuan yang sesuai.

Disebabkan ini jalan dan bukan litar, maka amat sukar untuk penulis menghafal semua selekoh yang ada. Melainkan anda memandu kereta automatik, anda boleh fokus pada jalan dan biarkan gear berfungsi sendiri. Ketika itu isteri sedang lena tido di sebelah (menerangkan mengapa penulis berani memandu laju).

Alangkah baik jika ada co pilot yang boleh membacakan keadaan jalan, keadaan selekoh dan dan anggaran laju maksimum yang boleh dilalui ketika melalui selekoh. Ya itulah fungsi co pilot dalam perlumbaan rali yang melibatkan jalan persendirian ataupun jalan biasa yang ditutup untuk perlumbaan rali. Disebabkan itu pelumba akan dilepaskan satu demi satu dan pelumba mencatatkan masa terpantas akan menang.

Disebabkan ia melibatkan jalan awam yang hanya ditutup dalam masa terhad, pelumba memiliki masa terhad untuk menghafal semua jalan dan selekoh. Di sini lah co driver memainkan peranan kepada perlumbaan dengan memberikan arahan kepada pemandu berdasarkan pace notes, yang merupakan satu arahan khusus kepada pemandu yang dibaca oleh co-driver.

Pace notes ini akan dibaca oleh co driver kepada pemandu melalui sistem perhubungan 2 hala, jadi pemandu hanya fokus kepada memandu sepantas dengan boleh berdasarkan pace notes yang dibaca oleh co driver. Pace note dihasilkan oleh co driver ketika melakukan aktiviti tinjauan dengan memandu jalan yang sama pada halaju rendah.

Aktiviti ini membolehkan co driver mengambil nota berkenaan dalam bentuk nombor dan simbol. Nombor akan memberitahu pemandu keadaan selekoh di depan dengan no 6 paling mudah dan no 1 menghampiri selekoh pada sudut 90 darjah. Sekiranya selekoh melibatkan pusingan U, beberapa terma digunakan bagi memberi info kepada pemandu.

Sebagai contoh L1 merujuk kepada selekoh sebelah kiri dengan kesukaran tahap 1. Bagi laluan lurus ia digantikan dengan perkataan into (5 meter), for (15 meter) dan And (30meter). Sekiranya terdapat bahaya co-driver akan menyebut caution, keep in, dan keep out.

Bagi laluan berbukit co driver akan menulis smCr (small crest), Cr (Crest), bigCr (big Crest), lgCrest (longCrest), jump dan small jump. Keadaan ini menerangkan terdapat perubahan ketinggian pada jalan yang dilalui oleh kereta dan kadangkala kereta boleh terbang disebabkan keadaan jalan ini.

Selain daripada menulis dan membacakan pacenotes kepada pemandu, co-driver juga mestilah mahir dalam asas pembaikan kereta dengan peralatan yang terhad yang dibawa dalam kereta sekiranya mereka terlibat dalam masalah. Dalam sesetegah keadaan ini memaksa pemandu dan co-driver berfikir di luar kotak bagi mengatasi masalah mereka.

Pada masa yang sama, co-driver mesti yakin dengan kemampuan dan kemahiran pemandu untuk melalui semua selekoh dengan laju dan pantas. Pemandu pula mesti yakin dengan semua maklumat yang diberikan oleh co driver dan memberikan fokus pada pemanduan. Kedua dua pihak mesti memainkan peranan dengan baik bagi memastikan pasukan mereka menang kerana silap komunikasi kereta mereka terbabas jatuh gaung.

Anda boleh menonton bagaimana co driver membaca pacenotes kepada pemandu rali di SINI

Google ads
Back to top button