Artikel PilihanBuletin

BAGAIMANA SUPERCAR RIMAC DIUJI? SATU UNIT UJIAN BERHARGA RM 8.3 JUTA

Rimac C Two adalah supercar elektrik adalah sebuah kereta elektrik semi autonomi yang direka dan dihasilkan oleh firma Croatia Rimac Automobili dan didedahkan pada Geneva Motor Show 2018. Rimac C Two dipasang dengan 4 motor elektrik sejukan cecair pada setiap roda yang menghasilkan 1888 kuasa kuda dan 2299Nm tork dengan kuasa dibekalkan oleh bateri 120kWh Lithium Nikel Manganese Cobalt.

Satu pengecasan penuh membolehkan Rimac dipandu sejauh 647km berdasarkan ujian yang dibuat mengikut protokol NEDC. Dari segi prestasi, Rimac boleh memecut 0-100km/j dalam masa 1.85 saat serta berupaya dipandu pada halaju maksimum 415km/j menjadikannya supercar elektrik paling berkuasa setakat ini

Sistem bateri pula berupaya mengecas sehingga 80% kapasiti dalam masa kurang 30 minit dengan menggunakan sistem pengecasan pantas. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai sistem pengesan, radar dan kamera bagi membolehkan Rimac dikelaskan sebagai kereta swapandu tahap ke 4.

Walaupun hanya 150 unit Rimac akan dihasilkan, namun ia tetap perlu menjalani ujian kemalangan jalan raya yang getir serta menyakitkan hati. Mana tidaknya kerana setiap satu prototaip bernilai hampir RM 8.3 juta seunit dan bagi menjalani ujian kemalangan, 30 prototaip perlu dibuat dan diuji oleh Rimac. Ia merupakan kos yang agak tinggi memandangkan Rimac bukanlah pengeluar kereta yang besar

Sebelum Rimac diuji di makmal, pasukan jurutera Rimac Automobili menguji model berkenaan dalam simulasi komputer dan beberapa komponen perlu diubah bagi memastikan zon remuk dan cesi gentian karbon bertahan dalam keadaan yang mencabar.

Untuk menjimatkan kos, beberapa komponen tidak dipasang dalam ujian kemalangan seperti unit multimedia, komponen badan belakang dibuka jika ujian dibuat pada bahagian depan serta bahagin komponen depan dibuka jika ujian perlanggaran dibuat di bahagian belakang.

Google ads
Back to top button