Motosikal

GIVI MALAYSIA PERKENAL TIGA HELMET BAHARU – DARI RM190

GIVI Malaysia telah pun memperkenalkan tiga helmet baharu untuk pasaran tempatan ketika di Malaysia Bike Show 2026 baru-baru ini. 

Tiga helmet tersebut merangkumi M33.1 Aria Neo, M35.1 Scudo II dan 52.0. Untuk rekod, M33.1 Aria Neo dan M35.1 Scudo II merupakan naik taraf dari model terdahulu. 

Seperti produk GIVI lain, ketiga-tiga model ini berasaskan konsep Head Protection System (HPS). Ini bermaka kesemua helmet menawarkan teknologi keselamatan terkini dan keselesaan jangka panjang di samping reka bentuk moden. 

Bagi model Aria Neo dan Scudo II, kedua-dua helmet kini menampilkan visor yang lebih panjang, spoiler belakang, sistem pengudaraan yang lebih baik dan lebih mesra untuk pengguna yang memakai cermin mata. Menariknya, tahap keselesaan juga dipertingkat dengan kehadiran padding baharu. 

Bagi pengguna kapcai, M33.1 Aria Neo merupakan pilihan yang paling sesuai kerana selain dari ringan, helmet ini juga selesa dan selamat. 

Namun, bagi yang mahukan ciri seperti sun visor boleh memilih M35.1 Scudo II yang terkenal dikalangan pengguna skuter maxi dan motosikal kembara. 

Dalam pada itu, bagi perlindungan maksimum boleh memilih model 52.0 yang merupakan helmet jenis full-face. Helmet sport touring ini sesuai untuk kegunaan harian dan tunggangan jarak jauh. Seperti Aria Neo dan Scudo II, helmet ini juga mencapai standard ECE22.06. 

Menariknya, model 52.0 ini juga dilengkapi dengan sistem Pinlock sekiranya pengguna mahu memasang visor anti-fog. 

Berikut senarai harga mengikut model:

  • M33.1 Aria Neo – RM190
  • M35.1 Scudo II – RM370 (solid), RM420 (grafik)
  • 52.0 – RM350 (solid), RM400 (grafik)
Google ads
Back to top button