Buletin

PIRELLI HASILKAN TAYAR DIIKTIRAF MAJLIS PEMULIHAN HUTAN YANG PERTAMA DI DUNIA

Pengeluar tayar Itali, Pirelli mengumumkan ia menghasilkan rangkaian tayar pertama di dunia yang diiktiraf oleh Majlis Pemulihan Hutan (FSC). 

FSC merupakan pertubuhan global tidak berasaskan kepada keuntungan yang menetapkan standard pengurusan hutan dan mengiktiraf polisi alam sekitar. 

Tayar berkenaan direka untuk model plug-in hybrid BMW X5 xDrive45e. Ia mengandungi getah asli dan rayon yang diluluskan oleh FSC, selain membantu meningkatkan produksi tayar yang lestari.  

“Persijilan pengurusan hutan FSC mengesahkan bahawa ladang-ladang getah diuruskan dengan cara yang melindungi kepelbagaian biologi.

“Seterusnya memberi manfaat kepada penduduk setempat, pekerja dan memastikan ekonomi yang mapan,” kata Pirelli dalam satu kenyataan.  

Google ads
Back to top button