
HOF DEDAHKAN “SIR CLASS” G-WAGEN UNTUK MERAIKAN LEWIS HAMILTON
Dengan berakhirnya Kejohanan Formula 1 2024, era cemerlang Lewis Hamilton bersama pasukan Mercedes kini menjadi sejarah.
Untuk memperingati kejayaan juara dunia tujuh kali ini, syarikat tuning Jerman, HOF, memperkenalkan edisi istimewa G-Wagen yang dinamakan Sir Class.
HOF telah melakukan transformasi besar pada enjin 4.0 liter V8 twin-turbocharged model Mercedes-AMG G63, menghasilkan output yang luar biasa. Beberapa penambahbaikan teknikal termasuk:
- Turbocharger dinaik taraf
- Piston aluminium baharu
- Sistem bahan api beraliran tinggi
- Rods penghubung lebih kukuh
- Sistem pengambilan udara baharu dan talaan ECU

Hasilnya, enjin ini kini mampu menghasilkan 1,048hp dan 1,300Nm tork, menjadikan SUV ini salah satu yang paling berkuasa di dunia.
Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 3.5 saat, dengan kelajuan maksimum 300 km/j (186 mph).
REKA BENTUK TERINSPIRASI F1
Sir Class menampilkan reka bentuk agresif yang sesuai dengan prestasinya. Kit badan khas merangkumi:
- Lengkungan roda lebar
- Bonet buatan khas
- Gril dan salur udara hitam legap
- Panel sisi baharu

SUV ini dilengkapi rim 23-inci tempa dengan penutup aero gentian karbon dan sistem ekzos sisi dengan hujung paip seramik putih.
Tambahan lain termasuk panel bumbung gentian karbon ringan, sistem brek seramik karbon, dan coilovers yang menurunkan ketinggian SUV untuk pengendalian lebih baik.
Bahagian dalaman Sir Class juga mengalami perubahan radikal:
- Stereng ala AMG One – direka berdasarkan stereng kereta lumba F1.
- Tempat duduk sukan hadapan untuk keselesaan maksimum.
- Kemasan Alcantara hitam dan kulit Nappa hitam, dihiasi aksen turquoise.
- Headliner khas dengan sulaman litar lumba untuk memberi penghormatan kepada latar belakang Hamilton dalam F1.

EKSKLUSIF DAN TERHAD
HOF hanya akan menghasilkan 11 unit Sir Class, menjadikannya salah satu G-Wagen paling eksklusif di dunia.
Setiap unit dijual pada harga bermula AS$690,000 (anggaran RM3.2 juta), menjadikan SUV ini bukan sahaja simbol penghormatan kepada Hamilton, tetapi juga barang koleksi yang bernilai tinggi.
Dengan gabungan prestasi luar biasa, reka bentuk mengagumkan, dan keunikan edisi terhad, Sir Class adalah penghormatan terbaik untuk salah seorang pemandu paling berjaya dalam sejarah Formula 1.
- BACA: BAIC BEIJING BJ60e – SUV OFF-ROAD ELEKTRIK DENGAN KEUPAYAAN JARAK JAUH
- BACA: VAN LANGGAR AMBULANS BERHENTI RAWAT MANGSA KEMALANGAN
- BACA: TEMPAHAN AVATR 11 KINI DIBUKA DI THAILAND – DUA VARIAN, JARAK GERAK 680KM, HARGA BERMULA RM277K
- BACA: ANAK LELAKI MATI DALAM KEMALANGAN, KELUARGA HERET TESLA MASUK MAHKAMAH






