Artikel Pilihan

TERINGIN MERCEDES G-CLASS TAPI TAK MAMPU? ORDER SAJA BAIC BJ80 NI

Nah, sekali tengok memang mampu melelehkan air liur buat penggemar kenderaan lasak dengan gaya mewah yang kelihatan cukup hampir dengan model Mercedes Benz G-Class ini. Nampak begitu bergaya sekali. Tapi ini bukanlah Mercedes G-Class seperti yang biasa kita lihat di parkiran rumah mewah, tapi ini adalah BAIC BJ80.

Harus kita akui, teknologi copy & paste barangkali sudah cukup sebati dengan negara China. Walau pun mungkin dicemuh oleh pengeluar asal, tetapi barangkali rakyat mereka menerima semua ini dengan senyuman belaka.

Paling ketara, sudah tentulah penggunaan lampu utama yang berbentuk bulat yang cukup similar dengan model mewah yang satu itu. Mujur model keluaran BAIC ini masih menggunakan gril rekaan sendiri berbentuk U berkembar lima. Nampaklah lain sikit. Dan untuk imej sebuah SUV yang lasak, sudah tentu model sebegini tidak memerlukan sebarang bampar yang fancy. Cukup sekadar apa adanya berserta dengan skid plate untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawasanya ini adalah sebuah SUV yang boleh meredah sebarang bentuk muka bumi.

Apatah lagi dengan ketinggian yang ada padanya disebabkan penggunaan tayar yang tebal berdiameter 275/50 R20 itu. Tapi SUV dengan gaya mewah dan lasak ini sememangnya direka untuk kelihatan jinjang sebegini, walaupun ianya mungkin tidak akan dipandu untuk ke kawasan hutan.

Dari segi saiz, mungkin BAIC BJ80 ini sedikit besar berbanding model yang ingin ditiru. Ianya mempunyai kelebaran 1955mm dan 4765mm panjang. Mungkin ini kelebihan yang ada bagi sebuah model yang berinspirasikan G-Class itu.

Dan bahagian kabin BAIC BJ80 ini menampilkan mood dan elemen mewah, seperti tema yang sepatutnya diwujudkan terhadap model ini. Tempat duduk menggunakan balutan kulit Nappa serta beberapa bahagian di dalamnya turut menggunakan kemasan kulit Chamois. Begitu juga dengan beberapa kemasan kayu yang dikenakan pada papan pemuka. Ruangan penumpang lebih terasa kemewahannya apabila hanya ada 2 tempat duduk kapten disediakan. Lebih selesa untuk seorang bos di bahagian belakang. Bagi varian tertinggi, sepasang skrin turut tersedia di belakang tempat duduk di hadapan bagi menghiburkan penumpang berserta dengan set 10 speaker yang tersedia. Itu belum lagi ambil kira dia punya selesa dengan keluasan yang bukan kepalang. Barulah gaya bos sebenar kan?

Untuk trenkuasa, ianya digerakkan oleh enjin 3.0 liter Twin Turbo V6 yang cukup berkuasa yang mampu menghasilkan kuasa 300 HP dan 420 Nm. Kotak gear auto lapan kelajuan yang dibekalkan akan turut berganding bahu bersama sistem pacuan 4WD untuk membantu menggerakan SUV yang bergaya mewah ini dalam apa juga bentuk muka bumi, termasuklah bersalji sekali pun tanpa masalah.

Jadinya berapa harga yang perlu dibayar oleh rakyat China untuk mendapatkannya? Bagi varian tertinggi, ianya dijual pada harga Yuan 298,000 (RM 191,341) sahaja. Kira murah dah jikalau dibanding dengan yang ori punya. Bapak mahal!

BACA : BAIC F40 – SUV RUGGED UNTUK PERGI BERKHEMAH

BACA : BAIC BJ40 PLUS – NAMPAK MACAM SAMA TAPI BUKAN DIA

Google ads

B K

Back to top button