
BALIK KAMPUNG SECARA PERCUMA DENGAN BOSCH
Berita baik untuk semua akan pulang beraya ke kampung halaman, Bosch Automotive Aftermarket akan bekerjasama dengan Riding Pink untuk menghadiahkan 10 perjalanan percuma kepada anda.
Untuk menang, anda hanya perlu memuat naik gambar “Keluarga Raya” terbaik mereka di halaman Facebook Riding Pink di www.facebook.com/ridingpink. Gambar-gambar mestilah diiringi dengan kapsyen, “Saya ingin memenangi perjalanan Balik Kampung percuma ke <nyatakan lokasi perjalanan> kerana <masukkan alasan >”.

Gambar yang dimuat naik haruslah dikongsi secara umum bersama hashtag: #GetItRight #StartWithBosch dan #RayaWithRidingPink. Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada jumlah likes, kreativiti gambar dan kapsyen yang menarik.
Peraduan bermula dari 7 Jun 2017 hingga 15 Jun 2017. Para pemenang-akan diumumkan di laman Facebook Bosch Malaysia dan Riding Pink pada 16 Jun 2017.
Pemenang bakal menerima satu perjalanan percuma bagi setiap lokasi berikut: Alor Setar, Pulau Pinang (semua daerah), Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Port Dickson, Seremban (semua daerah), Melaka (semua daerah), Muar, Kuantan. Sebaik sahaja dipilih, setiap pemenang dibenarkan membawa dua penumpang wanita dalam perjalanan.
BACA: PENGELAP CERMIN BOSCH CLEAR ADVANTAGE
BACA: BOSCH ICC – TEKNOLOGI INFORMATIF MOTOSIKAL MASA DEPAN
Selari dengan kempen keselamatan kenderaan Bosch Automotive Aftermarket “Satu Bahagian Rosak Mampu Memusnahkan Segalanya”, semua kereta yang terlibat dalam perjalanan balik akan menjalani pemeriksaan dan penyelenggaraan oleh Bosch. Pada 23 Jun 2017 jam 9.00 pagi, kereta-kereta pemenang akan bertolak dari pejabat Bosch di Petaling Jaya, Selangor.
Maklumat lanjut mengenai produk Bosch Automotive Aftermarket, serta cara-cara mengenai penyelenggaraan kereta, sila layari laman web: www.startwithbosch.com/my.








