Buletin

INDONESIA MENAWARKAN PROGRAM MOTIS 2023. APA KEBENDANYA MOTIS NI?

Jikalau di tempat kita ada program Tol Rahmah, program kebajikan di negara jiran Indonesia juga tidak kurang menariknya. Kementerian Perhubungan (Kemenhub – ditempat kita Kementerian Pengangkutan) menawarkan program angkut sepeda motor gratis (Motis) yang akan diuruskan oleh Direktorat Jenderal Perkeretaapian (DJKA).

Program Motis ini bertujuan untuk memudahkan para anak rantau untuk pulang berhari raya khusus yang menaiki motorsikal tiba dengan selamat dan tenang di desa yang tercinta menggunakan keretapi. Buat yang tidak mengetahui, kenderaan beroda dua, seperti motorsikal tidak dibenarkan untuk menggunakan laluan lebuhraya yang bertol atas faktor keselamatan.

Jikalau hendak pulang ke kampung halaman, sudah tentunya mereka harus menggunakan jalan biasa yang mana kondisinya pasti dipenuhi dengan kenderaan yang lain dan sudah pasti menambahkan risiko kemalangan buat penunggang dan juga pembonceng.

Fakta Menarik Tentang Program Motis

  • Sebarang urusan pendaftaran dilakukan secara atas talian atau pun di pusat pendaftaran terpilih dengan pembelian tiket individu serendah Rp 20,000 (RM6.00 ) sahaja dan layak untuk menghantar sebuah motorsikal di bawah 200 cc secara percuma ke mana – mana destinasi yang telah ditetapkan.
  • Harga ini dianggap cukup murah buat tambang seorang penumpang untuk ke destinasi yang dipilih. Apatah lagi, dapat mengirimkan motorsikal bersekali pulang ke kampung secara percuma.
  • Tahukah bahawa harga makanan sebungkus yang dijual di kantin di dalam keretapi jauh lebih mahal berbanding harga tiket (Harga sebungkus makanan Rp 25,000 – RM7.60)
  • Tiket sehala itu layak untuk digunakan bersekali dengan dua orang penumpang dengan tujuan yang sama seharusnya pemilik berdaftar ke atas motorsikal dan juga pemegang tiket keretapi tersebut.
  • Peserta seharusnya memiliki KTP (Kad Pengenalan), Kartu Keluarga (Data tentang salasilah ahli keluarga) dan juga SIM C (lesen menunggang motorsikal).
  • Setiap motorsikal yang dihantar hendaklah dicabut cermin sisi dan dikosongkan tanki bahan bakar bagi memudahkan urusan pengangkutan dan setiap motor akan dibalut dengan menggunakan bahan yang diperbuat daripada kotak bagi menjaga keselamatan.
  • Tiket keretapi turut dibuka buat umum sekiranya ada kekosongan untuk mereka yang berhasrat menggunakan mode pengangkutan keretapi ini.
  • Tiga buah gerabak kargo khusus untuk mengangkut motorsikal dan empat buah gerabak penumpang berserta sebuah gerabak sebagai kafe akan digunakan sepanjang Program Motis ini bermula pada awal April sehingga ke tarikh 3 haribulan Mei 2023.
  • Laluan Program Motis ini akan meliputi tiga laluan sektor utama, Utara (laluan Cilegon – Semarang Tawang), Tengah (Jakarta Gudang – Purwosari) dan Selatan (Kiraracondong – Purwosari).
  • Hanya keretapi kelas Ekonomi sahaja yang ditawarkan untuk Program Motis ini (jenuh dapat tempat duduk tegak dengan formasi 3 + 2).
  • Sebenarnya, paling penting buat para peserta yang ingin menyertai Program Motis ini adalah dikehendaki mengambil vaksin booster sebelum boleh menaiki keretapi ini. Bagus juga syarat sebegini. Tambahan pula kes Covid-19 pun sejak akhir – akhir ini semakin meningkat naik.

Kredit Foto : Tangkap Layar YT Nugroho Febianto

BACA : MUDIK RAYA DENGAN MENAIKI BAJAJ – BOLEH SAMPAI KAH?

BACA : 85 JUTA RAKYAT INDONESIA DIJANGKA BALIK BERAYA DI KAMPUNG. TAK BOLEH BAYANG DIA PUNYA JEM TU

Google ads

B K

Back to top button