,
BuletinMotosikal

BANDAR INI LARANG GUNA MOTOSIKAL 100 PERATUS

Masihkah anda ingat satu ketika dulu ada ura-ura untung melarang motosikal dari memasuki kawasan pusat bandar Kuala Lumpur? Ada rasional sebenarnya.

Memang wujud negara yang melarang terus motosikal masuk ke kawasan bandar tertentu.

Di bandar Addis Ababa, Ethiopia, salah sebuah negara di benua Afrika telah melarang penggunaan sembarang bentuk kenderaan dua roda. Ini adalah kerana ia dikatakan menjadi penyumbang besar pada kejadian jenayah di bandar tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh pihak polis di sana, penggunaan motosikal sering melibatkan diri dalam jenayah rompak, ragut dan serangan berbentuk kekerasan.

Adalah lebih mudah untuk melarikan diri menggunakan motosikal di bandaraya yang sesak. Namun larangan yang dikuatkuasakan ini mendapat kecaman terutamanya di kalangan peniaga.

Peniaga makanan misalnya menghadapi masalah produktiviti, mobiliti bahan dan juga penghantaran kepada pelanggan.

Namun pihak pemerintah masih berkeras dengan peraturan baru ini dan bagi yang ingkar, mereka akan ditahan dan motosikal mereka disita.

Google ads
Back to top button