,
Motosikal

TAMPAL WAJAH PENJENAYAH DIKEHENDAKI PADA VAN, RAMAI YANG BERJAYA DITANGKAP DAN MENYERAH DIRI

Pasukan Polis Metropolitan London berjaya menahan 15 orang suspek jenayah menggunakan motosikal dengan salah seorang daripada mereka menyerah diri. 

Dianggarkan lebih 30 wajah yang kebanyakannya dikaitkan dengan jenayah seperti rompakan di tepi jalan dipaparkan di dalam galeri pasukan polis. Langkah itu melbatkan dua buah van yang berjalan di sekitar London mempamerkan wajah suspek yang dikehendaki. 

Mereka juga muncul dalam rancangan Crimewatch Roadshow terbitan BBC. “Saya sangat berpuas hati dengan hasil operasi ini. Dengan meletakkan imej pesalah ke dalam domain awam, kami dapat mengembangkan jangkauan, kemudian mengumpul maklumat risikan yang berguna dan sukar didapti sebelum ini,” kata Detektif Steve Brownlee. 

Baru-baru ini, dua orang penjenayah kejam telah dipenjara selama 14 tahun kerana melakukan rompakan, memiliki kanabis,  menipu dan memiliki sebuah kenderaan curi. Jenayah paling serius mereka lakukan adalah merompak seorang wanita berusia 25 tahun. 

Selepas diserang, wanita tersebut mengalami retak dan kecderaan otak yang serius.

“Kami akan meneruskan operasi Venice demi membawa pesalah ke muka pengadilan. Kami juga akan menggunakan semua peruntukan perundangan untuk menangkap meereka,” kata Brownlee lagi.  

Google ads
Back to top button