Buletin

TOYOTA SUPRA GR A90 DILANCARKAN DI FILIPINA. RM400K!

Filipina menjadi negara terawal di Asia Tenggara yang mendapat model sport coupe terbaru hasil usahasama Toyota dan BMW ini. Supra A90 dilancarkan di Manila minggu lalu, tempahannya dibuka ia dijangka dihantar kepada pembeli pada bulan hadapan.

Toyota Supra GR dijual pada harga bermula 4,999,000 peso atau kira-kira RM400,000 untuk pilihan warna Prominence Red.

Bagi pilihan warna White Metallic, Silver Metallic, Lightning Yellow, Deep Blue Matic, Ice Gray Metallic, dan Black Metallic Harganya meningkat kepada 5.090.000 peso atau sekitar RM410,000.

Toyota Motor Filipina bagaimanapun hanya 170 unit yang diperuntukkan untuk jualan bagi tahun 2019 dan hanya satu pilihan enjin.

Sebagaimana sedia maklum, Supra baharu ini merupakan hasil kolaborasi di antara Toyota dan BMW. Ia tidak dibina di mana-mana kilang di Jepun, sebaliknya dihasilkan di  di Austria oleh pihak Magna Steyr. 

Supra A90 ini dikuasakan enjin BMW 3.0 liter enam selinder sebaris twin turbo. Platform BMW itu digandingkan dengan kotak gear lapan kelajuan automatik.

Supra menawarkan kuasa 335hp dan tork 495Nm.  Kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear ZF lapan kelajuan automatik sahaja (tiada varian manual). 

Padanan rangkaian kuasa tersebut membolehkan Supra memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat sahaja. Pecutan maksimum pula dihadkan secara elektronik pada kelajuan 250km/j. Angka itu menjadikannya sebagai model paling pantas yang pernah Toyota hasilkan setakat ini. 

Google ads
Back to top button