Syarikat mobiliti berpangkalan di Dubai, Barq mendedahkan skuter elektrik Rena Max yang dijangka mampu merubah landskap penghantaran.
Rena Max direka Ian Callum yang pernah mereka beberapa jentera Jaguar menerapkan konsep badan berkotak.
Ia turut dilengkapi penyejuk 9 liter pada bahagian penunggang serta kotak simpanan 5 liter yang dipadankan pada frem badan skuter.
Skuter terbaharu khusus untuk penghantaran itu menggunakan bateri litium-ion bagi menjana kuasa motor elektrik 9 kW.
Dengan kapasiti 5.6 kWh, ia mampu menjana kuasa untuk jarak sehingga 151 km sebelum dicas semula.
Selain itu, bateri berkenaan mudah digantikan dengan bateri yang telah dicas sepenuhnya dengan mengambil masa satu minit sahaja.
Rena Max mendakwa mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 97 km/j.
Skuter elektrik tersebut hadir dengan skrin TFT, tablet 8 inci, Bluetooth, port USB dan ruang simpanan 79 liter. –rideapart
- BACA: SKUTER WMOTO ES250i. KUNCI PINTAR, TPMS, BREK ABS. BERMULA RM13,888 SAHAJA
- BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER ELEKTRIK NEO’S DI EROPAH. 37KM SEKALI CAJ, BOLEH TUKAR BATERI, BERMULA RM14K
- BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER COMEL VINO 2022 DI JEPUN. 2 TONA, ENJIN 50CC, RM7,400 SAHAJA
- BACA: APRILIA LANCAR SKUTER SR GT 200 DI JEPUN. HARGA BERMULA RM19,000